Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

CCTV Rakam Wanita Cuba Culik Bayi Di Pasar raya, Dakwa Hanya Bergurau Lepas ‘Kantoi’

Wanita Cuba Culik Bayi Di Pasar raya
Gambar via Daily Mail

CCTV Rakam Wanita Cuba Culik Bayi Di Pasar raya, Dakwa Hanya Bergurau Lepas ‘Kantoi’

Seorang bayi dilaporkan nyaris menjadi mangsa culik oleh seorang wanita di sebuah pasar raya di Afrika Selatan.

Menurut laporan, pada awalnya wanita itu dilihat berjalan-jalan di kawasan rak barangan seolah-olah sedang membeli belah.

Namun apabila dia tiba di salah satu trolley, suspek bertindak menculik seorang kanak-kanak yang berada dalam salah sebuah troli milik sepasang suami isteri yang sedang membeli belah di pasaraya itu.

Memetik Daily Mail, sebaik sahaja pasangan suami isteru itu berpaling untuk meletakkan barang dalam troli, mereka telah mendapati bahawa anak mereka sudah tiada.

Ekorang daripada itu, pasangan tersebut telah terkejut dan terus menjerit meminta bantuan.

Tanpa berfikir panjang, bapa kepada kanak-kanak itu berlari ke pintu hadapan pasar raya tersebut dan memaklumkan kepada pihak pengawal keselamatan bahawa anak mereka telah diculik.

Dengan pantas, pihak pengawal bertindak menutup dan mengunci setiap pintu masuk kedai tersebut.

Sejurus pintu itu ditutup, seorang wanita menghampiri mereka dan menyerahkan semula kanak-kanak perempuan tersebut dengan alasan itu semua hanyalah satu gurauan.

Ibu bapa tersebut segera mengambil semula anak mereka daripada dua wanita yang tidak dikenali itu.

Difahamkan, pihak pegawai keselamatan telah menghubungi pihak polis dan kedua-dua wanita itu telah ditahan kerana disyaki menculik.

Mereka berdua telah dibawa ke balai polis dan masih mendakwa bahawa itu adalah satu gurauan semata-mata.

BACA: Dua Pelangi Dilapor Muncul Atas Istana Buckingham Selepas Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Sumber: Daily Mail