Lucu, tetapi menyakitkan. Itulah yang terlintas saat pertama kali melihat gambar-gambar khidmat ‘khas’ yang ‘ditawarkan’ oleh Bomba Alor Setar ini.
Dalam satu perkongsian yang dimuat naik di laman facebook Bomba Alor Setar, pasukan penyelamat itu dipanggil bagi membantu untuk memotong cincin yang tersangkut di kemaluan seorang lelaki.
”Nahhhaiiiiii, Khidmat khas memotong cincin di kemaluan. Kes pertama Tahun 2021. Bantuan kepada pihak hospital.
”Siap double ring dan berbatu permata lagi. Abang-abang diluar sana, beringat naaaa. Malang tidak berbau,” menurut kapsyen yang dimuat naik dengan beberapa keping gambar yang ‘mencemaskan’.
Tidak dapat dipastikan bagaimana cincin dengan batu permata tersebut tersekat di kemaluan lelaki berkenaan.
Perkongsian tersebut turut diakhiri dengan beberapa hastag iaitu #StaySafe, #FikirSebelumBuat dan #SayangiDiriAnda.
Sumber: Bomba Alor Setar
