Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Cepat Cair, Ini Tip Mudah Simpan Aiskrim Untuk Kekal Beku Lebih Lama
Tidak dinafikan, aiskrim memang antara pencuci mulut yang sentiasa menjadi kegemaran ramai.
Setiap kali cuaca panas, hidangan ini sering menjadi pilihan untuk menceriakan suasana.
Namun, aiskrim memang mudah berubah tekstur dan mencair lebih cepat.
Justeru, hari ini SK akan kongsikan tip mudah simpan aiskrim untuk kekal beku lebih lama.
Untuk makluman, tip ini diambil daripada @abamaiskriem di TikTok.
Menurut video @abamaiskriem di TikTok, dia menggunakan bekas yang bersaiz lebih besar daripada bekas aiskrim.
Contohnya, seperti termos atau kotak penyejuk atau ice box.
Bekas yang lebih besar diperlukan bagi memberi ruang untuk menambahkan ketulan ais di sekeliling bekas aiskrim.

Seterusnya, isikan ketulan ais di sekeliling bekas aiskrim.
Dalam video @abamaiskriem, dia mengisi ketulan ais sehingga separuh daripada bekas aiskrim
Dia juga menggunakan pinggan untuk meletakkan dan mengisi ketulan ais dalam bekas.

Kemudian, taburkan garam kasar pada ketulan ais yang mengelilingi aiskrim.
Difahamkan, langkah ini membantu menurunkan suhu ais dengan lebih cepat, sekali gus melambatkan proses pencairan aiskrim.

Setelah itu, @abamaiskriem dalam videonya mengulangi proses menambah ketulan ais seperti langkah kedua.
Namun, kali ini pastikan paras ais yang ditambah sama tinggi dengan bekas aiskrim.

Taburkan semula garam kasar pada lapisan ais yang baru ditambah bagi memastikan suhu di sekeliling bekas aiskrim kekal rendah dalam tempoh yang lebih lama.
Difahamkan, semakin banyak garam ditaburkan, aiskrim akan menjadi terlebih beku.
Oleh itu, dua lapisan garam sahaja sudah memadai untuk bekas ini.

Akhir sekali, tambahkan lagi ketulan ais sehingga bekas besar tersebut penuh.
Setelah siap, aiskrim boleh dinikmati dengan tekstur yang sama walau sudah disimpan lama di luar peti.
