Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pastinya menginginkan zuriat atau cahaya mata. Apa tidaknya, dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka dapat memberikan lebih keceriaan.
Namun begitu, bagi bakal ibu bapa yang pertama kali akan menimang cahaya mata, perlulah membuat pelbagai persiapan daripada setiap sudut. Oleh itu, portal Hello Doktor ada berkongsikan ‘checklist’ barangan dan panduan buat bakal ibu bapa.
Ikuti perkongsiannya seperti di bawah:
Bagi anda yang pertama kali bergelar mommy daddy, pasti akan ada keterujaan dalam membuat persiapan berkaitan cara menjaga bayi baru lahir, betul tak?
Sesungguhnya tahun pertama kehidupan si manja adalah sesuatu yang menarik dan adakalanya mewujudkan rasa yang bercampur baur.
Banyak perkembangan dan proses tumbesaran bayi yang berlaku dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan.
365 hari mungkin dirasakan sebagai 1 tempoh yang cukup lama, tetapi percayalah dengan kehadiran si manja, ia akan berjalan begitu pantas.
Jadi apakah persiapan dan barang bayi baru lahir yang perlu disediakan sebelum tiba hari kelahiran mereka?
Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahuinya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tahun Pertama Bayi, sila dapatkannya di sini.
Menjaga seorang bayi yang baru dilahirkan sememangnya mencabar. Tetapi oleh kerana si manja sangat bernilai, jadi cabaran tersebut tidak begitu terasa.
Apatah lagi apabila melihat keletah anak saat membesar dan segalanya akan berakhir dengan begitu pantas, maka sedar tak sedar mereka sudah berginjak ke alam dewasa.
Berikut kami kongsikan cara untuk menikmati ikatan istimewa antara anda dan si manja nanti.
Cuba luangkan masa untuk bermain dan membaca dengan si comel anda setiap hari.
Jika mempunyai lebih daripada seorang anak, pastikan anda turut menghabiskan masa bersama anak-anak yang lain.
Sentiasa beritahu anak-anak betapa anda menyayangi mereka.
Dengan kehadiran bayi yang baru lahir, sebaiknya anda lebih mengutamakan untuk memelihara hubungan kekeluargaan.

Mencipta rutin tidur akan dapat membantu bayi untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu bersama anda.
Ambil masa untuk mempelajari apa yang boleh membantu bayi anda tidur dengan lebih nyenyak sama ada di siang hari atau waktu malam.
Ini membolehkan si manja dan juga anda serta pasangan untuk mendapat tidur yang mencukupi.
Luangkan masa untuk memerhatikan cara bayi melihat dunia dan bagaimana dia bertindak balas.
Mengenal bayi anda boleh menjadi perkara yang sangat menggembirakan.
Malahan ia akan membantu memahami tingkah laku bayi sehingga anda dapat mengurus keperluan si anak dengan sebaik-baiknya.
Pastikan anda mengikut keselesaan bayi untuk mengetahui cara terbaik berhibur, bermain dan berkomunikasi dengan si manja.
Walaupun anda mungkin mempunyai pengalaman dengan kelahiran anak lain, percayalah si manja mungkin tidak akan bertindak balas dengan cara yang sama.
Jadi sudah bersedia untuk mengetahui barang bayi baru lahir yang perlu dibeli?
Senarai semak barang bayi baru lahir berikut dapat membantu anda menentukan apa yang perlu disediakan semasa melakukan persiapan untuk menyambut kelahiran si manja.
Antara barangan yang perlu disediakan adalah:
Jika anda menyusu badan, mungkin tidak ada barangan yang perlu disediakan.
Pun begitu, sesetengah ibu yang menyusu suka untuk mempunyai barangan seperti:
Kain lapik dada (bib)
Bantal menyusu
Bra menyusu – sekiranya ingin membeli sebelum bayi lahir, beli saiz besar sedikit
Penyusuan susu formula:
Kain bib
Botol susu
Storage botol
Berus botol dan puting
Susu formula
Pembawa botol bertebat (Thermal bottle carrier)

Sekiranya anda menggunakan lampin kain yang boleh digunakan semula:
1 pek napkin bayi yang boleh digunakan semula
Changing mat
Safety pin
Tisu basah pakai buang atau beberapa helai kain lap untuk membersihkan bahagian kemaluan bayi
Beg napkin
Sekiranya menggunakan lampin pakai buang:
2 pek lampin pakai buang bersaiz newborn – elakkan membeli terlalu banyak kerana bayi akan cepat membesar
Changing mat
Krim salap untuk cegah ruam lampin
Tisu basah pakai buang atau beberapa helai kain lap untuk membersihkan bahagian kemaluan bayi
Beg untuk lampin
8 pasang baju lengan pendek
6 pasang baju lengan panjang
2 romper
5 pasang sarung tangan dan kaki
10 helai barut
2 topi
Sabun pencuci khas untuk mencuci pakaian bayi
4 pakaian khas untuk berjalan-jalan (pilihan)
Besen mandi
Tuala bersama penutup kepala (hooded)
Syampu
Sabun mandi
Tilam
Bantal bayi
Pencahayaan sesuai
Selimut material kapas
Jika menggunakan katil bayi, perlu disediakan katil bersama kelambu
Kerusi bayi
Termometer bayi
Monitor bayi
Ubatan jika demam
Playpen
Baby carrier
Penyakut baju berklip
Nursing cover
Mainan bayi
Apabila bayi semakin membesar, anda mungkin akan tertanya apakah aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama.

Umumnya, ketika mencapai usia 8 minggu, mereka akan lebih banyak berjaga. Jadi berikut antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama si manja:
Membawa anak berjalan ke zoo untuk melihat hidupan liar
Berkelah untuk membolehkan bayi menikmati pandangan dan bunyi pantai
Membaca buku bergambar
Berjalan di taman
Memasukkan air ke dalam bekas dan bermain percikan air
Main peek-a-boo
Rangsang deria dengan mainan bertekstur lembut dan squishy
Belajar mengira objek
Tiup belon dan membiarkan anak bermain dengannya
Ajar anak untuk mengenal pasti bahagian tubuh seperti kepala, hidung, tangan dan kaki
Perkara yang dicadangkan di atas adalah untuk membantu anda dalam penjagaan diri, keluarga serta cara menjaga bayi baru lahir.
Ia membolehkan anda memfokus dan menyeimbangkan tenaga dalam menikmati setiap detik masa yang istimewa pada tahun pertama kehidupan si manja.
Ya, tidak dinafikan tempoh ini adalah pengembaraan yang penuh dengan cabaran. Tetapi percayalah, ia berbaloi untuk dilalui.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber: Hello Doktor