Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

China Lancar Satelit Baharu

Iqbal Yasir
China Lancar Satelit
Kredit: Xinhua News

China Lancar Satelit Baharu

BEIJING -- China telah melancarkan sebuah kumpulan satelit baharu ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan di Wilayah Shanxi, utara China pada hari Khamis, lapor Xinhua News.

Difahamkan, Kumpulan satelit tersebut telah dilancarkan pada jam 7:39 malam (Waktu Beijing) dengan menaiki roket pembawa Long March-6 yang telah diubah suai, dan berjaya memasuki orbit yang telah ditetapkan.

Satelit-satelit ini akan membentuk Spacesail Constellation, sebuah rangkaian mega satelit orbit rendah komersial milik China.

Menurut pusat pelancaran tersebut, pelancaran ini menandakan misi penerbangan yang ke-648 bagi siri roket pembawa Long March.

Pada 4 Jun 2026, roket pembawa Long March-6 yang diubah suai itu kelihatan memecut laju meninggalkan landasan dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan.

Pelancaran yang berjaya ini mengukuhkan lagi pembangunan mega rangkaian Spacesail Constellation dalam industri angkasa komersial negara tersebut.