Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Chong Wei Dedah Hampir Jadi Mangsa Penipuan Panggilan Palsu
KUALA LUMPUR — Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei baru-baru ini mendedahkan hampir menjadi mangsa sindiket penipuan menerusi panggilan palsu.
Perkara itu dikongsikan oleh bekas jaguh badminton negara dalam satu hantaran di Facebook.
Menurut beliau, dia menerima satu panggilan telefon bimbit daripada nombor yang tidak dikenali pada Khamis, yang mendakwa dirinya dari Unit Pencegahan Jenayah Cyberjaya.
Lebih mengejutkan, individu terbabit turut menyebut nombor kad pengenalan dan nombor telefon milik Chong Wei termasuk menuduh beliau terlibat dalam kegiatan penipuan yang kononnya berpusat di Melaka.
Berikutan itu, Chong Wei menegaskan bahawa beliau akan membuat laporan polis dan meminta alamat pejabat individu tersebut.
Bagaimanapun, panggilan itu kemudiannya telah diputuskan secara tiba-tiba.
Dalam pada masa sama, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan kes penipuan melalui telefon bimbit.
“Sekarang ni terlalu banyak kes penipuan telefon. Semua orang perlu sentiasa berwaspada. Penipu gunakan pelbagai taktik untuk buat kita panik atau tamak, supaya mudah terpedaya.
“Jangan sesekali beri maklumat peribadi atau ikut arahan tanpa pengesahan rasmi,” katanya.
Tegasnya, pihak berkuasa tidak akan sesekali meminta maklumat peribadi atau duit melalui telefon bimbit.
Sebagai langkah berjaga-jaga, beliau turut berkongsi beberapa tip bagi mengelak daripada menjadi mangsa seterusnya.
Antaranya jangan dedahkan nombor IC, akaun bank, kata laluan atau OTP; Jangan buat pindahan wang atau imbas sebarang QR kod yang diberi; Semak melalui saluran rasmi telefon nombor sah, lawati laman web atau pejabat sebenar; Hubungi sendiri ahli keluarga jika dikaitkan dalam panggilan;
Tandakan nombor penipu di aplikasi atau telefon untuk bantu orang lain berjaga-jaga; Ingatkan ahli keluarga, terutamanya warga emas untuk tetapkan “kata laluan rahsia” keluarga jika perlu; dan Jika maklumat dah bocor, segera tukar kata laluan, bekukan akaun, dan buat laporan polis termasul simpan segala bukti.
Sumber: Facebook Lee Chong Wei