Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
CIMB ALAM SEKITAR
CIMB Islamic Salur RM20 Juta Untuk Alam Sekitar

Syamimi

CIMB Islamic Salur RM20 Juta Untuk Alam Sekitar

CIMB Islamic Bank Berhad (“CIMB Islamic” atau “Bank”) hari ini mengumumkan komitmen sebanyak RM20 juta bagi menyokong usaha pemuliharaan dan pemulihan alam sekitar di seluruh Malaysia dari tahun 2026 hingga 2030.

Komitmen yang diperbaharui ini disalurkan melalui akaun simpanan utama Bank, EcoSave-i, sekali gus mencerminkan dedikasi jangka panjang CIMB Islamic terhadap kewangan bertanggungjawab, pemerkasaan komuniti, pendidikan alam sekitar dan pemuliharaan selaras dengan aspirasi CIMB Group untuk memajukan pelanggan dan masyarakat.

Komitmen ini dimeterai semasa CIMB Islamic Green Showcase, bersama rakan strategik dalam pemuliharaan alam semula jadi termasuk Amanah Warisan Negara (“AWAN”), The Habitat Foundation, Reef Check Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (“UPSI”), Malaysia Nature Society, WWF-Malaysia, Malaysia Forest Fund, Forest House, Leap Spiral, Your Idea Maker, Free Tree Society dan Penang Institute.

Bank turut memperbaharui perjanjian dengan AWAN sebagai pemegang amanah utama Taman Tugu bagi meneruskan Program Pengambilan Angkat Taman Tugu dan Pendidikan Alam Semula Jadi untuk tempoh dua tahun lagi.

Pelaburan ini akan memperluaskan portfolio program pemuliharaan alam semula jadi, perlindungan biodiversiti serta inisiatif alam sekitar berasaskan komuniti CIMB Islamic merangkumi lapan negeri, termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Terengganu dan Sabah.

Melalui kerjasama strategik dengan rakan pemuliharaan, institusi akademik dan kumpulan komuniti, dana disalurkan ke dalam program berimpak tinggi yang mengukuhkan daya tahan ekosistem jangka panjang serta menyokong kelangsungan hidup komuniti setempat.

Ahmad Shahriman Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic berkata, “Misi kami untuk memajukan pelanggan dan masyarakat berteraskan penjagaan alam sekitar dan ketahanan komuniti. Melalui EcoSave-i, kami melaksanakan prinsip Syariah dengan mengintegrasikan kelestarian dalam amalan perbankan harian.

Pelaburan RM20 juta ini menegaskan keyakinan kami bahawa kelestarian adalah asas dalam pengagihan modal. Dengan menerapkan prinsip ini dalam tawaran kewangan teras kami, kami menyokong pembangunan yang inklusif, bertanggungjawab dan berdaya tahan dari segi ekologi untuk generasi akan datang.”

Beliau turut menambah bahawa CIMB Islamic berbesar hati untuk meneruskan sokongan bersama 12 rakan pemuliharaan alam semula jadi, termasuk AWAN, bagi melaksanakan pelbagai inisiatif alam sekitar yang berimpak tinggi di seluruh negara.

Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Bank akan meneruskan sokongan terhadap Program Pengambilan Angkat Taman Tugu dan Pendidikan Alam Semula Jadi untuk dua tahun lagi, sekali gus mengukuhkan komitmen terhadap Taman Tugu dan memperluaskan impak program melalui penglibatan sekolah serta komuniti B40.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Taman Tugu telah berkembang menjadi lokasi penting untuk pembelajaran berasaskan alam semula jadi dan aktiviti rekreasi di tengah Kuala Lumpur, mudah diakses oleh orang ramai dan menawarkan ruang unik untuk rakyat Malaysia menghargai warisan semula jadi sambil memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Komitmen yang diperkukuh melalui EcoSave-i turut membolehkan CIMB Islamic memperluaskan sokongan dari Semenanjung Malaysia ke Malaysia Timur.

Di wilayah utara, Bank terus memperkukuh usaha pemeliharaan biodiversiti di Penang Hill Biosphere Reserve dan Royal Belum State Park, di samping melaksanakan pemulihan hutan serta inisiatif mitigasi konflik manusia-gajah di Ulu Muda, Kedah.

Perlindungan Central Forest Spine menjadi agenda utama, termasuk pelaksanaan inisiatif di Lembah Klang seperti UPSI Edu-Forest, projek Rantaian Urban Green Space dan Projek Penjaga Gunung yang memperkasa belia Orang Asli sebagai generasi baharu penjaga hutan.

Di Terengganu, Bank memperluaskan penglibatan di Setiu serta menyokong usaha pemulihan kawasan pantai dan terumbu karang di Redang, Tioman dan Kepulauan Mersing.

Di Sabah pula, CIMB Islamic terus menyokong inisiatif seperti Program Pemulihan Tadahan Air Babagon dan Program Rehabilitasi Ulu Kalumpang, yang memberi tumpuan kepada perlindungan sumber air jangka panjang dan pemulihan habitat tanah lembap, sambil memperkasakan komuniti pribumi melalui peluang ekonomi mampan.

Melalui pelbagai inisiatif ini, EcoSave-i menjadi contoh jelas bagaimana kewangan Islam mampu menggerakkan modal bagi menyokong kelestarian alam sekitar.

Berteraskan penciptaan nilai sosial dan ekologi, CIMB terus memberi impak positif yang berpanjangan terhadap alam sekitar, sambil memastikan kumpulan yang kurang mendapat perkhidmatan turut terlibat dalam peralihan ke arah ekonomi hijau.

EcoSave-i merupakan akaun simpanan Islam pertama di Malaysia yang memberi fokus kepada alam sekitar, direka untuk menyokong inisiatif pemuliharaan dan menjadi komponen penting dalam rangka kerja Produk dan Perkhidmatan Impak Hijau, Sosial dan Lestari (“GSSIPS”) CIMB Group, yang mensasarkan pembiayaan mampan bernilai RM300 bilion menjelang 2030.

Melalui EcoSave-i, CIMB Islamic menyumbang 0.2% daripada purata baki portfolio tahunan daripada dana Bank sendiri* bagi menyokong projek alam sekitar, sekali gus membolehkan orang ramai turut menyumbang dengan membuka akaun secara dalam talian atau di mana-mana cawangan CIMB di seluruh negara. Pelanggan yang mengekalkan purata baki bulanan RM5,000 tanpa transaksi di kaunter layak menerima insentif tunai RM5 setiap bulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai EcoSave-i, sila layari www.cimb.com.my/ecosave.

*Tertakluk kepada jumlah maksimum (jika ada) seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat produk.