Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Citarasa Timur Bertemu Barat Di Dewan Menara Kumpulan RISDA

Syamimi
RISDA
Dari kiri; Ketua Pegawai Eksekutif RISDA Security and Services Sdn Bhd, Putera bin Sidek, Ketua Pengarah Risda, Yang Berusaha Zainal Azni Bin Zulkifli, Pengerusi RISDA, YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib

Citarasa Timur Bertemu Barat Di Dewan Menara Kumpulan RISDA

Kelainan konsep dan kepelbagaian sajian menjadi taruhan utama bufet Ramadan bertemakan Warisan Citarasa Asli 2 Benua yang dianjurkan oleh RISDA Security and Services Sdn Bhd (RSS) dengan kerjasama strategik Rumah Makan Patin Pasu.

Berlangsung dari 23 Februari hingga 18 Mac di Dewan Menara Kumpulan RISDA, bufet ini mengetengahkan lebih 80 hidangan merangkumi masakan tradisional Melayu serta sajian Barat yang disusun rapi bagi memenuhi selera pelbagai lapisan masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif RSS, Putera Sidek berkata, penganjuran ini menandakan langkah pertama syarikat dalam meneroka segmen bufet Ramadan secara lebih serius selepas lebih sedekad berpengalaman dalam pengurusan acara.

Menurutnya, inisiatif tersebut bukan sahaja memperluaskan portfolio perniagaan RSS dalam bidang katering dan hospitaliti, malah membuka ruang kepada kolaborasi strategik yang memberi nilai tambah kepada pelanggan.

“Kami melihat Ramadan sebagai peluang untuk memperkenalkan satu pengalaman berbuka puasa yang bukan sahaja menitikberatkan kualiti makanan, tetapi juga suasana dan keselesaan,” katanya.

Kerjasama bersama Rumah Makan Patin Pasu pula disifatkan sebagai gabungan ideal memandangkan restoran berkenaan terkenal dengan kepakaran dalam penyediaan masakan Melayu asli yang mengekalkan resipi tradisi dan kualiti rasa.

Pengasas Bersama Rumah Makan Patin Pasu, Ridzuan Anuar menjelaskan, sebanyak 80 jenis lauk-pauk akan dihidangkan setiap hari menerusi tiga set menu berbeza iaitu Set A, Set B dan Set C yang disusun secara bergilir.

“Pendekatan ini memastikan pelanggan menikmati variasi menu yang berbeza sepanjang Ramadan. Setiap set mempunyai identiti tersendiri, namun masih mengekalkan konsep dua benua yang menjadi tema utama,” jelasnya.

Antara hidangan tradisional yang menjadi tarikan termasuk daging salai, itik salai dan keli salai yang dimasak berasaskan resipi warisan Melayu. Bagi pencinta makanan Barat pula, pilihan seperti kambing bakar, lamb stew, lasagna serta pelbagai jenis pasta dan sajian Itali turut tersedia, disediakan oleh cef berpengalaman bagi menjamin kualiti dan rasa autentik.

Selain kepelbagaian menu, faktor keselesaan turut diberi perhatian. Dewan yang terletak di tengah ibu kota itu mampu memuatkan sehingga 500 tetamu pada satu masa dan dilengkapi kemudahan surau serta parkir percuma. Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan live band yang menambahkan kemeriahan suasana berbuka.

Harga yang ditawarkan adalah RM139 bagi dewasa, RM110 untuk staf dan pesara RISDA, serta RM88 bagi kanak-kanak berusia tujuh hingga 11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas. Tempahan berkumpulan turut menikmati diskaun 10 peratus bagi 30 hingga 40 orang dan 15 peratus untuk tempahan melebihi 41 orang.

Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan dengan mengimbas kod QR pada poster rasmi atau menghubungi talian 011-17692601, 013-2469229 atau 019-3517116.

Dengan konsep gabungan citarasa Timur dan Barat serta lokasi strategik di Kuala Lumpur, bufet Warisan Citarasa Asli 2 Benua dijangka menjadi antara pilihan utama warga kota untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang lengkap dari segi rasa, suasana dan layanan.