Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Confirm” Bertambah Nasi, Resepi Ikan Kembung Rebus & Air Asam Cabai Picit Wajib Cuba
Seperti yang diketahui sekarang boleh dikatakan hujan di sebelah petang, lebih-lebih lagi Malaysia sekarang berada di fasa peralihan Monsun Timur Laut.
Kebiasaannya, waktu hujan beginilah yang membuatkan perut kita selalu lapar. Sehubungan itu, hari ini SK akan berkongsikan satu menu bercitarasa tekak Melayu yang pastinya membuatkan orang ramai kecur liur iaitu resipi ikan kembung rebus air asam cabai picit. Pasti bertambah-tambah nasi kalau buat di rumah.
Resipi ini juga sebenarnya boleh dibuat untuk ‘menyicah’ sahaja. Sekali dah masuk dalam mulut, cuaca pulak hujan, nikmat.
Jadi, mari kita cuba sendiri resipi ikan kembung rebus air asam cabai picit ini seperti yang dikongsikan di TikTok @cikhijau_official di bawah. Semoga bermanfaat.
Resipi Ikan Kembung Rebus Air Asam Cabai Picit

Bahan-Bahan
Ikan kembung Asam keping Kacang Bendi Terung Pes asam jawa Cili padi Belacan bakar Air suam Perahan limau nipis Pes sambal hijau (tambahan) Timun
Cara Penyediaan

Pertama, masukkan ikan kembung ke dalam kuali yang telah diisi air. Letakkan sedikit asam keping untuk membuat ikan rebus. Setelah siap rebus, angkat ikan tersebut.
Kedua, celur bendi ke dalam air panas sebentar manakala terung grill di atas kuali.
Ketiga, sediakan satu bekas untuk membuat air asam. masukkan pes asam jawa, cili padi, belacan bakar, pes sambal hijau (tambahan) sedikit air suam dan perahan limau nipis.

Keempat, gunakan tangan untuk memicit-micit air asam (pastikan guna sarung tangan). Tambahkan sedikit air jika kurang dan perah limau nipis ke dalam air asam jawa.

Kelima, selepas itu, ambil ikan kembung yang telah disiap rebus tadi. Leraikan isinya daripada tulang.

Keenam, susun isi ikan kembung yang telah dileraikan termasuk terung, bendi dan timun yang telah siap dipotong.

Dah siap. Mudah je kan? Selamat mencuba.
Sumber: TikTok @cikhijau_official