Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Coretan Rakan Hafeez Al-Bukhary Buat Ramai Sebak
Berita pemergian pramugara Malaysia Airlines, Hafeez Al-Bukhary atau nama sebenarnya Hafiz Bukhari Zulkefly, mengejutkan ramai pihak.
Pemergiannya turut dirasai khususnya oleh mereka yang pernah mengenali keperibadian Allahyarham, sama ada sebagai rakan sekerja mahupun penumpang.
Di sebalik berita pemergian itu, tular pula satu coretan panjang daripada seorang wanita yang pernah menjadi rakan setugas Allahyarham.

Katanya, hanya dengan beberapa kali bekerjasama, dia sudah dapat melihat betapa indahnya akhlak Allahyarham.
Menurutnya, mereka pertama kali bertemu ketika sesi penggambaran bersama Tabung Haji selepas sama-sama menyertai Amal by Malaysia Airlines.
Pada mulanya Hafeez kelihatan seorang yang pendiam. Tetapi, dia sebenarnya seorang yang sangat mesra, lucu dan mudah diajak berbual apabila sudah mengenali seseorang.
Katanya lagi, setiap kali bekerja bersama, Hafeez sentiasa menjaga penampilan dengan kemas dan profesional.
Apa yang lebih meruntun hati ialah pengakuan rakannya bahawa Hafeez sebenarnya sedang berdepan masalah kesihatan.
Namun, sepanjang mereka bekerjasa dalam pelbagai program, Allahyarham tidak pernah menjadikan keadaan itu sebagai alasan.
"Bangganya kami ada sahabat yang masih kuat dan support dari awal sampai habis majlis, tanpa menilai kemampuannya.
"First time, ever I saw you tidur during lunch break. Tapi bangun-bangun, masih boleh bergelak ketawa. Kuatnya ya Allah seorang hamba bernama Hafeez ni," tulisnya.

Antara bahagian paling menyentuh hati dalam coretan itu ialah apabila rakannya berkongsi satu perbualan yang tidak mungkin dapat dilupakan.
"I don’t know you, but I easily judge you by the way you mingle around with other friends. Meriah dan ceria! Sahabat yang mengenalinya selesa dengan ajukannya, gurauannya.
"Disaat you tak mampu lagi berdiri teguh, you masih tunjuk kekuatan pada kelakuan dan senyuman you.
"Soalan yang tak patut ditanya 'Hafeez, how are you? Is everything okay?' A simple asnwered from him, 'I tak tahu I okay…or I pretend to be okay'. Allah. Luluh hati ni," tambahnya.
Menurut rakannya lagi, satu perkara yang membuatkan Hafeez begitu istimewa ialah kasih sayang yang diterimanya daripada para penumpang.

Katanya, tidak sedikit penumpang yang akan bertanya sebelum penerbangan bermula, "Hafeez Al-Bukhary ada dalam flight ni?"
"Ah, sudah. Semua nak Hafeez yang serve dalam semua penerbangan. Kebaikannya terserlah dalam setiap video yang Hafeez post, sampai orang menanti untuk jumpa dalam setiap penerbangan mereka. Hebat you Hafeez," tulisnya lagi.
Pemergian Hafeez Al-Bukhary mungkin meninggalkan ruang yang sukar diganti. Namun, apa yang lebih berharga ialah peribadinya yang sentiasa menjadi sebutan.
Kebaikan Hafeez akan terus hidup dalam ingatan keluarga, rakan-rakan dan ribuan penumpang yang pernah menerima layanan penuh kasih daripadanya.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya, melapangkan kuburnya, mengurniakan syurga buat Allahyarham dan menguatkan hati seluruh ahli keluarganya.
Al-Fatihah.