Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

COVID-19: Jangkitan Boleh Berlaku Dalam Masa Singkat Melalui Bawaan Udara – KP Kesihatan

Kredit: Bernama

Putrajaya, 13 Julai – Penularan COVID-19 boleh berlaku dalam masa singkat melalui bawaan udara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham.

Katanya semasa sidang media khas Kementerian Kesihatan sebentar tadi, hal ini dipercayai berpunca daripada penularan varian delta yang menjadi varian dominan di Malaysia.

“Kalau kita lihat pada permulaan jangkitan varian delta, R-naught permulaannya ialah 5 hingga 8. Kalau virus Wuhan dahulu 2.5 atau 2.2 hingga 3 (R-naught)

“Bererti kalau 100 orang dijangkiti, ia boleh menjangkiti 800 orang dalam tempoh singkat,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar memakai pelitup muka dua lapis selain menjauhi lokasi yang sesak bagi mengelakkan penularan.

“Ini kerana jangkitan mengikut udara atau air-borne transmission boleh menjangkiti dalam masa singkat

“Kalau ada seorang yang positif, maka ia akan merebak,” tambahnya.

Penerangan mengenai kenyataan tersebut boleh didengar bermula pada minit ke 54:00.

Sumber: Bernama