Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

COVID-19: Kes Aktif Setakat Hari Ini Adalah 19,778, Kali Terakhir Kes Aktif Bawah 20k Adalah 25 Disember Tahun Lalu- KKM

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Jumlah kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan seperti yang dilaporkan hari ini sudah berkurang di bawah paras 20,000 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu ciapan di Twitter melaporkan, jumlah kes aktif di negara ini setakat hari ini ialah 19,778 kes.

“Kali terakhir kes kes aktif di bawah 20,000 ialah pada 25 Disember tahun lalu,” maklum ciapan tersebut.

Untuk rekod, antara jumlah kes aktif paling tinggi pernah dicatatkan KKM ialah pada 19 Februari lalu dengan 36,797 kes.

Manakala antara jumlah kes aktif terendah di bawah 100 kes seperti yang pernah dimaklumkan KKM adalah pada awal Julai tahun lalu.

Sumber: KKM