Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

COVID-19: Tangguh Dulu Perjalanan Ke Korea Selatan, Itali Dan Jepun- KKM

Kredit: Google

Kuala Lumpur, 28 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai agar menangguhkan perjalanan ke beberapa negara berikutan penularan wabak COVID-19.

Dalam kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, beliau berkata terdapat peningkatan kes di empat negara.

“Walaubagaimanapun jika tidak dapat penangguhan, sila ambil langkah berhati-hati dan jaga kebersihan diri,” katanya.

Setakat ini, jumlah kes jangkitan di Korea Selatan telah melebihi angka 1000 dan menjadi negara ditempat kedua dengan kes terbanyak selepas China.

Sementara itu di Itali, sebanyak 17 kematian serta 650 kes jangkitan dicatatkan dengan beberapa bandar terpaksa dikuarantin, lapor portal CNA dan DW.

Kes jangkitan COVID-19 di Iran pula dilaporkan telah menjangkiti 254 pesakit termasuk timbalan presiden dan timbalan menteri kesihatan negara berkenaan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Statista, CNA, DW