Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Cuaca Panas, 7 Kawasan Di Semenanjung Pada Tahap Berjaga-Jaga
Tujuh kawasan di Semenanjung berada pada tahap 1 atau tahap berjaga-jaga susulan cuaca panas.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan berkata cuaca panas tahap 1 itu melibatkan seluruh Perlis.
Selain itu, enam kawasan lagi membabitkan Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Sik, Baling & Bandar Baharu di Kedah.

"Tahap berjaga-jaga menunjukkan suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut," katanya.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh rujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.