Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penjagaan diri yang bermakna tidak semestinya memerlukan percutian mewah. Kadangkala, ia secukupnya hadir menerusi sentuhan air mandian yang menyegarkan di penghujung hari, membersihkan minda sambil mengembalikan tenaga yang hilang.
Atas ketenangan gaya hidup inilah Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO International (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia”) menyatukan visi bersama Sonia, antara pencipta kandungan dan livestream affiliate bahasa Cina terkemuka Malaysia.

Kolaborasi ini melahirkan Kepala Mandi Bertapis Trio AquaPro X Pink Oasis CUCKOO Edisi Terhad (Limited Edition CUCKOO AquaPro X Pink Oasis Filtered Shower Head) di bawah siri Sonia’s Pick, sebuah inovasi yang mengadunkan keupayaan penapisan air berprestasi tinggi bersama keanggunan rona pastel yang moden.
Bagi meraikan kerjasama ini, CUCKOO telah mengambil alih suasana boutique hotel ikonik, The Très Hotel, dengan pemberian sentuhan semula berkonsepkan Pink Oasis, dan menjemput lebih 100 KOLs untuk melawat. Bersama gabungan estetik ala Wes Anderson, ruang ini menjemput warga kota untuk berehat sejenak sambil menikmati ruang santuari harian menerusi tema "Me Time Feels Better With Pink Oasis".

“Kempen ini tidak bermula dengan persoalan bagaimana mahu melancarkan sesuatu produk semata-mata. Sebaliknya, kami bermula dengan mendalami apa makna sebenar penjagaan diri bagi masyarakat hari ini. Menerusi pemahaman tersebut, terhasillah ‘Pink Oasis’, sebuah pengalaman imersif yang mengingatkan kita bahawa kesejahteraan hidup tidak semestinya memerlukan langkah yang besar. Momen kecil seperti menikmati mandian yang lebih berkualiti di penghujung hari sudah cukup untuk memberi impak besar kepada kesejahteraan peribadi kita."
"Pasukan kami berharap ini bukan sekadar kepala mandi biasa, malah merupakan sebuah usaha CUCKOO untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan harian menerusi pengalaman ‘Tiga Tinggi’, iaitu prestasi tinggi, estetika tinggi, dan nilai emosi yang tinggi. Ia memberi ruang kepada warga kota yang mendepani tekanan hidup untuk melepaskan keletihan, menikmati sepenuhnya ‘me time’ sewaktu mandi, serta mengecapi kesegaran jiwa dalam perjalanan mereka bersama CUCKOO untuk menjadi #SAMASAMAHealthier,” kata Nick Chin, Timbalan Pengurus Besar CUCKOO Malaysia.
Meneruskan kejayaan kolaborasi sebelum ini, Sonia, antara pencipta kandungan bahasa Cina dan livestream affiliate terkemuka tanah air, kini diumumkan secara rasmi sebagai CUCKOO Friend yang baharu. Sebagai peneraju dalam ekonomi pencipta kandungan bahasa cina, Sonia mencipta sejarah sebagai affiliate pertama di Malaysia yang berjaya mencatatkan jualan melebihi RM1,000,000 dalam satu sesi siaran langsung di TikTok Shop.
Beliau telah membina kepercayaan kukuh dalam kalangan pengikutnya menerusi piawaian pemilihan produk yang ketat serta komitmennya untuk menguji sendiri setiap produk sebelum disyorkan.

Kini melangkah ke fasa baharu kehidupan sebagai pengantin baharu dan bakal ibu, kebolehannya mengimbangi kerjaya yang gemilang bersama kehidupan berkeluarga mencerminkan imej wanita moden yang yakin, sekali gus bertepatan dengan falsafah gaya hidup CUCKOO.
Menerusi pengaruh dan daya tarikan autentiknya, CUCKOO berhasrat untuk menginspirasikan lebih ramai rakyat Malaysia agar memartabatkan rutin harian mereka menjadi ritual penjagaan diri yang bermakna, dan memperkasakan semua orang dalam perjalanan mereka untuk menjadi #SAMASAMAHealthier.

Mengadaptasi kepakaran penapisan air CUCKOO ke dalam ruang penjagaan diri, Kepala Mandi Bertapis Trio AquaPro X Pink Oasis CUCKOO Edisi Terhad (Limited Edition CUCKOO AquaPro X Pink Oasis Filtered Shower Head) menyatukan fungsi berprestasi tinggi dan rekaan estetik secara harmoni bagi menghasilkan air yang terasa lebih bersih dan selesa pada setiap titisan.
Direka khas untuk menceriakan rutin mandian harian, inovasi ini dibina dengan tiga keistimewaan utama:
Sistem Penapis Tiga Kali Ganda: Direka untuk membersih dan melembutkan air mandi. Ia menggabungkan Penapis Kepala Bola Seramik separa kekal yang menghalang pertumbuhan bakteria sehingga 99.9%, Penapis Gentian Bertumpatan Tinggi bagi menapis kotoran mikro, serta Penapis Paip Sedimen untuk menyaring karat, mendapan kapur, dan kotoran halus.
Tekanan Air Tinggi Dan Jimat Air: Dilengkapi plat semburan presisi bersama 300 lubang ultra-halus (0.28mm), ia membekalkan aliran air yang mantap sambil menjimatkan penggunaan air sehingga 40%.
Panel Pemantauan Lutsinar: Rekaan panel badan yang jernih memudahkan pengguna menyemak keadaan penapis secara visual pada bila-bila masa.

Buatan Korea, Kepala Mandi Bertapis Trio AquaPro X Pink Oasis CUCKOO Edisi Terhad (Limited-Edition CUCKOO AquaPro X Pink Oasis Filtered Shower Head) ini diiktiraf oleh sijil kebersihan antarabangsa, termasuk bahan penapis bertaraf NSF dan komponen teruji RoHS untuk ketenangan fikiran pengguna.
Produk ini ditawarkan pada harga pasaran RM110. Namun begitu, pengunjung acara berpeluang mendapatkannya pada harga promosi eksklusif RM105, lengkap bersama hadiah percuma dengan shower scrubber dan rantai kunci edisi terhad Pink Oasis.
Bagi menghidupkan pesona Pink Oasis, CUCKOO menghias semula landskap The Très Hotel menjadi sebuah sanctuary berona pastel yang menenangkan. Ia direka khas untuk membolehkan pengunjung berehat sejenak daripada kesibukan rutin harian.
Sebaik melangkah masuk, tetamu disambut dengan persekitaran yang mendamaikan menerusi sentuhan visual dan elemen sensori yang membuai jiwa. Ia merupakan sebuah ajakan mesra untuk memperlahankan langkah dan menikmati kembali penjagaan diri yang sebenar.

Sambil meneroka setiap sudut hotel yang disusun indah ini, para pengunjung dijemput melengkapkan kembara interaktif di empat zon pengalaman khas dan mengumpul cop bagi menebus secawan minuman kraf percuma:
Zon 1: Your Pink Spotlight: Cabaran penyampaian bertutur sebagai content creator selama 20 saat.
Zon 2: Pink Oasis Paradise: Suasana bilik Pink Oasis yang membolehkan pengunjung merasai sendiri keistimewaan Kepala Mandi Bertapis Trio AquaPro X Pink Oasis CUCKOO (CUCKOO AquaPro X Pink Oasis Filtered Shower Head) yang baharu dilancarkan.
Zon 3: Love At First Scent: Sesi pengundian aroma penapis mandian kegemaran bagi menentukan variasi aroma produk CUCKOO yang seterusnya.
Zon 4: Sweet Snap Spot: Ruang photobooth khas untuk mengabadikan kenangan manis bersama bingkai gambar eksklusif Pink Oasis.
Selain acara pengalaman acara ini, pengguna juga boleh membeli Kepala Paip Mandi Bertapis CUCKOO AquaPro X Pink Oasis Edisi Terhad (Limited Edition CUCKOO AquaPro X Pink Oasis Filtered Shower Head) menerusi laman web rasmi CUCKOO (www.cuckoo.com.my) serta kedai dalam talian rasmi CUCKOO di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.
Lokasi: The Très Hotel (50, Jalan 2/87G, Taman Seputeh, 58000 Kuala Lumpur)
Tarikh Acara: 4 – 9 August 2026
Waktu Operasi:
Selasa - Jumaat: 9:00 AM – 5:00 PM
Sabtu & Ahad: 9:00 AM – 9:00 PM
Akaun Media Sosial Rasmi (IG): @cuckoo_official | @hellosoniahere
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan