Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
cukai vape kkm
Kredit: Bernama

Cukai Vape Boleh Dilaksanakan Selepas KKM Teliti Isu Perundangan

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Cukai Vape Boleh Dilaksanakan Selepas KKM Teliti Isu Perundangan

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Cukai ke atas produk vape boleh dilaksanakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) selesai meneliti isu perundangan berkaitan bahan tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong.

“KKM sedang meneliti perundangan tersebut dan mungkin ada pengumuman dalam bajet (Belanjawan 2023).

“Jika perundangan tersebut diluluskan, saya menjemput sokongan di sebelah sana (pembangkang) kalau diluluskan, mungkin vape boleh dicukaikan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk mengenakan cukai vape bagi menambah sumber pendapatan negara.

Menjawab soalan asal Wan Saifulruddin mengenai anggaran kerugian hasil cukai akibat penyeludupan produk tembakau rokok dan produk beralkohol, Sim berkata berdasarkan pengiraan rampasan, kerugian dianggarkan RM353 juta pada 2021 dan RM364 juta (2022).

“Namun mengikut perkiraan industri dan melalui laporan-laporan yang telah dikemukakan kepada kerajaan, sudah tentu lebih besar lagi dan berkemungkinan mencecah sehingga RM5 bilion setahun.

Beliau berkata kerajaan komited dalam mempertingkatkan lagi usaha membanteras penyeludupan rokok dan minuman keras bagi mengekang ketirisan hasil dan menyelesai atau menumpaskan sindiket-sindiket jenayah tersebut.

Menurutnya, pelbagai kaedah kawalan dan penguatkuasaan telah dilaksanakan bagi menangani isu tersebut antaranya mengehadkan aktiviti transhipment (pemindahan kapal) rokok kepada pelabuhan tertentu sahaja, membenarkan penggunaan kontena yang berstandard ISO sahaja dan melarang penggunaan bot-bot kecil termasuk bot jenis kumpit.

BACA: EVALI, Penyakit Baru Disebabkan Vape, Jadi Punca 35 Maut & Ribuan Menderita Penyakit Paru-Paru

Sumber: Bernama