Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Curi Tumpuan FIFA, Arif Aiman Tersenarai 5 Bintang Tumpuan Piala Asia

fifa arif aiman
Kredit: BERNAMA

Curi Tumpuan FIFA, Arif Aiman Tersenarai 5 Bintang Tumpuan Piala Asia

Acap kali mempamerkan aksi cemerlang di atas padang, kebolehan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Harimau Malaya, Arif Aiman kini mencuri tumpuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menerusi laporan Stadium Astro, Arif Aiman disenaraikan oleh FIFA antara lima pemain perlu diberikan tumpuan dalam Piala Asia di Qatar Januari tahun depan.

Selain Arif Aiman, empat bintang Asia lain seperti Junya Ito (Jepun), Cho Gue-sung (Korea Selatan), Harry Souttar (Australia) dan Harib Abdalla (Emiriah Arab Bersatu) juga berada dalam senarai itu.

FIFA berkata Harimau Malaya mula menunjukkan kestabilan apabila Kim Pan-gon mengemudi pasukan itu, mengecapi 18 kemenangan daripada 27 perlawanan terakhir.

“Malaysia kini menjadi satu kuasa baru yang stabil di rantau Asia Tenggara. Harimau Malaya hanya memenangi tiga daripada 10 perlawanan sebelum ketibaan jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon, tetapi mereka kemudian memenangi 18 daripada 27 perlawanan terakhir.

“Mereka juga memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2026 dengan cemerlang dengan memenangi dua perlawanan pertama. Paling mencuri tumpuan ketika mereka bangkit daripada ketinggalan 1-3 pada 20 minit terakhir sebelum menewaskan Kyrgyzstan 4-3 dalam perlawanan pembukaan.

“Tunjang kepada kejayaan itu ialah Arif Aiman, yang melakukan tiga bantuan jaringan dalam kemenangan dramatik berkenaan,” katanya di laman rasmi FIFA.

BACA: Kerja Keras Arif Aiman Rebut Kesebelasan Utama Harimau Malaya Mula Buah Hasil

Jelas FIFA, Arif Aiman tidak hanya menunjukkan persembahan terbaik apabila bersama Harimau Malaya, malah prestasinya juga cemerlang ketika bersama JDT.

FIFA berkata perkembangannya yang positif secara tidak langsung memberikan harapan buat Malaysia.

“Pemain berusia 21 tahun itu juga berada dalam prestasi terbaik bersama pasukan gergasi Malaysia, Johor (Darul Ta’zim), dengan menghasilkan lapan gol dan 13 bantuan jaringan daripada 23 perlawaanan musim ini.

“Dia mula menyerlah selepas menjaringkan gol ke atas Borussia Dortmund dalam satu aksi persahabatan hujung tahun lalu dan terus berkembang menjadi antara prospek paling menarik buat Malaysia,” ujarnya FIFA.

Sumber: Stadium Astro

BACA: Arif Aiman Sertai Senarai “Top Scorer” ACL Lepas Dua Perlawanan