Siakap Keli

Arif Aiman Sertai Senarai “Top Scorer” ACL Lepas Dua Perlawanan

Arif Aiman Sertai Senarai “Top Scorer” ACL Lepas Dua Perlawanan

Awal minggu ini berlangsung perlawanan kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL) yang menyaksikan 24 perlawanan berlangsung. Wakil Malaysia, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatat kemenangan pertama selepas tewas ke atas pasukan Kawasaki Frontale.

Kemenangan 4-2 menewaskan wakil Thailand, BG Pathum United meletakkan JDT di tempat kedua dengan mengumpul tiga mata. Gol-gol JDT dijaringkan oleh Arif Aiman Hanapi (2 gol). Manakala, Bergson dan Juan Muniz masing-masing meyumbangkan satu gol bagi melengkapkan kemenangan JDT di BG Stadium.

Selepas dua perlawanan, Arif Aiman berjaya menempatkan diri dalam kelompok teratas penjaring terbanyak ACL setakat ini. Ali Jasim (Air Force Club), Kodjo Fo-Doh Laba (Al-Ain), Martin Adam (Ulsan Hyundai), Hernandes Rodrigues (Incheon United) masing-masing sudah mengumpul tiga gol.

Manakala, Arif Aiman (JDT), Elman Tagayev (Ahal), Azizbek Amonov (Nasaf Quarshi), Stefan Mugosa (Incheon United) dan Romarinho (Al-Ittihad) sudah menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan.

ESPN

Nama-nama besar seperti Cristiano Ronaldo dan Neymar, masing-masing menjaringkan satu gol dalam dua perlawanan pertama ini. Walaupun perjalanan masih panjang, di peringkat awal ini kita dapat melihat anak muda negara mampu bersaing dengan nama-nama besar yang pernah mengungguli pentas eropah.

Dalam aksi seterusnya, JDT dijadualkan bertemu Ulsan Hyundai di tempat lawan pada 24 Oktober jam 6 petang waktu Malaysia.

BACA: JDT Juara Liga Super Kali ke-10 Berturut-turut

Sumber: ESPN

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.