Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

CZN Burak Sambut Mesra Sultan Terengganu Di Restorannya Curi Perhatian Ramai

Sultan Terengganu
Kredit: Threads @cznburak

Restoran bukan sekadar menjadi tempat menikmati hidangan, malah ada kalanya menjadi lokasi pertemuan istimewa apabila menerima kunjungan tetamu kenamaan.

Lebih menarik, momen sebegini sering mencuri perhatian apabila tuan rumah sendiri menyambut tetamu dengan penuh mesra, sekali gus memperlihatkan sisi santai di sebalik suasana rasmi.

Terbaharu, perhatian netizen tertumpu kepada chef terkenal dari Turkiye, CZN Burak yang berkongsi momen istimewa ketika menyambut Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di restorannya.

Kredit: Threads @cznburak

Perkongsian tersebut pantas menjadi bualan ramai, terutama apabila CZN Burak dilihat begitu mesra melayan kehadiran baginda.

Menariknya, Sultan Mizan Zainal Abidin turut tampil cukup bersahaja dan santai dengan mengenakan kemeja polo yang dipadankan bersama seluar kasual.

Kredit: Threads @cznburak

Menerusi video yang dikongsikan, CZN Burak dilihat menyambut kehadiran baginda sebelum menghadiahkan sehelai apron istimewa serta sebuah karya seni bertulis “Sultan”.

“Saya sayang Malaysia, selamat datang kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin,” tulisnya di Threads.

Sultan Terengganu beransur pulih

Memetik laporan Bernama pada 15 Ogos, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah selamat menjalani rawatan dan kini beristirahat.

Pejabat Sultan Terengganu dalam kenyataan yang dikongsikan Jabatan Penerangan memaklumkan Sultan Mizan dan keluarga menzahirkan penghargaan serta rasa terharu kepada semua pihak yang mendoakan baginda.

“Sultan Mizan menzahirkan ucapan penghargaan dan perasaan terharu serta ucapan terima kasih baginda dan keluarga kepada semua masjid, surau, institusi tahfiz, alim ulama, pemimpin masyarakat, badan organisasi, individu serta seluruh lapisan rakyat yang telah mendoakan dan melaksanakan solat hajat serta bacaan Yasin untuk baginda.

“Hanya Allah SWT yang membalasnya. Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan serta dipermudah segala urusan baginda,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Pejabat Sultan Terengganu memaklumkan Sultan Mizan dalam keadaan sihat dan akan meneruskan rawatan susulan seperti yang dijadualkan oleh pasukan perubatan baginda.

Reaksi Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga melihat kunjungan Sultan Mizan Zainal Abidin, malah ada yang menganggap momen tersebut sebagai satu pengalaman istimewa dan bertuah kerana dapat melihat baginda berkunjung ke restoran berkenaan.

“Masya-Allah, tabarakallah. Sultan Terengganu kita, Malaysia bersama kamu. Sultan Mizan sentiasa bersahaja,” komen seorang netizen.

“Alhamdulillah, nampak segar dah tu. Semoga sentiasa sihat, Tuanku!” komen seorang lagi.

“Alhamdulillah, dah sihat Sultan saya. Semoga Allah SWT memberikan rahmat kepada Sultan dan rakyat negeri Terengganu,” tulis seorang pengguna.

Intipati
  • CZN Burak berkongsi video menyambut Sultan Mizan Zainal Abidin di restorannya.
  • Beliau menghadiahkan apron istimewa dan karya seni bertulis “Sultan” kepada baginda.
  • Pejabat Sultan Terengganu memaklumkan Sultan Mizan selamat menjalani rawatan dan beristirahat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan