Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
khairul aming duit raya staf
Gambar: Twitter Khairul Aming

Dah Bagi Duit Raya ‘Tebal’, Khairul Aming Siap Belanja Persiapan Raya Staf Lagi

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Dah Bagi Duit Raya ‘Tebal’, Khairul Aming Siap Belanja Persiapan Raya Staf Lagi

Pempengaruh dan usahawan muda, Khairul Aming telah meraikan staf-staf di kilang Sambal Nyet serta memberikan ‘kejutan manis’ sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Menerusi video di laman Twitter, Khairul Aming atau KA merakam detik-detiknya bersama kira-kira 60 orang pekerja di kilang tersebut.

Ujar KA, beliau turut menutup kedua-dua kilang pada hari tersebut kerana mahu membawa semua stafnya keluar membeli persiapan raya.

“First, kita pergi shopping baju raya dulu.”

Menurut tradisi syarikatnya menjelang Syawal, usahawan tersebut akan membawa para pekerjanya untuk membeli pakaian raya di pusat beli belah berdekatan.

Baginya, ini merupakan rutin wajib bagi setiap tahun dan semua pekerjanya diberi kebebasan untuk memilih pakaian baharu sempena Hari Raya Aidilfitri.

Khairul Aming berkata, disebabkan sesi ini melibatkan 60 orang pekerja, waktu yang diperuntukkan untuk memilih pakaian mengambil masa yang agak lama dalam sekitar empat hingga lima jam.

Sungguhpun begitu, usahawan tersebut ingin memastikan para pekerjanya gembira dan berpuas hati atas pilihan baju raya masing-masing.

Tiba-tiba, disuruh pulang ke kilang kerana ada pengumuman istimewa

Selepas membeli belah, Khairul Aming membawa pekerjanya ke kilang semula untuk memberikan pengumuman istimewa.

Kebanyakan staf tidak tahu, sebenarnya terdapat ‘kejutan’ di sebalik pengumuman tersebut. Rupanya, Khairul Aming memberikan setiap pekerjanya sampul duit raya yang berisi wang bonus raya mereka.

Khairul Aming bagi duit raya ‘tebal’ kepada semua staf

I appreciate their hard work (Saya hargai hasil kerja keras mereka). Ini merupakan sebahagian rezeki kita yang berkongsi bersama.”

Ketika memberikan sampul tersebut, ada pekerjanya yang kelihatan menitiskan air mata sekaligus menghadirkan rasa sebak kepada usahawan berkenaan.

Pada akhir program, Khairul Aming membawa pekerjanya ke sebuah hotel untuk berbuka puasa bersama-sama.

Perancangan Khairul Aming dan staf Sambal Nyet pada masa yang akan datang

Dalam video tersebut, Khairul Aming berkongsi hasrat untuk membawa pekerjanya bercuti di masa hadapan. Namun begitu, lokasi percutian dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Beliau turut memaklumkan, permintaan Sambal Nyet meningkat sebanyak tiga kali ganda. Walau bagaimanapun, pihakya tidak akan menjual produknya melebihi kapasiti pengeluaran.

Hal ini disebabkan, usahawan tersebut tidak mahu stafnya mengalami kelesuan upaya (burn out) akibat peningkatan kapasiti pegeluaran.

Bagi usahawan tersebut, adalah penting baginya untuk menyeimbangkan antara permintaan dengan kapasiti pengeluaran.

Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) kerana tim yang supportive (memberikan sokongan) macam ini,”

BACA: “Mung Sape?”, Pedas, UAI Tegur Sikap Netizen Suka Masuk Campur Urusan Tetapan Hari Raya

Sumber: Khairul Aming via Twitter