Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seorang pengguna Threads meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa gagal membuat bayaran parkir menerusi aplikasi Flexi Parking pagi tadi.
Menerusi hantaran yang tular, pengguna dikenali sebagai @talmizal berkata dia sudah mencuba hampir sejam untuk membuat pembayaran, namun aplikasi tersebut dipercayai mengalami masalah teknikal.
“Apps problem, parking takleh bayar. Takde budi bicara lagi tak tau lah, siap ngan bukti sekali bagi,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, pengguna itu turut memuat naik gambar notis tulisan tangan yang diletakkan pada cermin keretanya bagi memaklumkan situasi berkenaan.
“Parking tokleh bayar ni boh, dekat nge sejam doh kawe try bayar ni. Ejah panggil kawe dale keda depe ni. Tolong jange samey lagi lgi deh,” tulis notis tersebut.
Tinjauan di ruangan komen mendapati bukan dia seorang sahaja yang berdepan situasi sama.

Seorang lagi pengguna, @ifah_ipah_ berkata, dia juga mengalami masalah serupa dan berharap pihak berkuasa tempatan mengambil maklum sebelum mengeluarkan saman.
“Tulis ngn marker jelah. System down tlg cek dulu dgn MPKB opih sblm saman. TQ,” katanya.
Dalam pada itu, seorang pengguna lain, @anatisaad memaklumkan bahawa aplikasi FlexiParking sememangnya sedang mengalami gangguan perkhidmatan sementara.
Menurut beberapa pengguna lain, ramai pemandu yang keluar bekerja pagi tadi turut berhadapan kesukaran sama sehingga terpaksa meletakkan notis pada cermin kenderaan masing-masing sebagai bukti.
Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian ramai netizen dengan pelbagai reaksi, termasuk ada yang meminta pihak pengendali sistem serta pihak berkuasa tempatan lebih bertolak ansur sekiranya berlaku gangguan teknikal seperti itu.