Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tidak rugi menceburkan diri dalam sektor pertanian dengan berbakti kepada tanah. Namun, petani harus siap untuk berdepan dengan risiko utama seperti tanaman diserang dengan penyakit dan serangga perosak.seperti perkongsian ini.
Menurut seorang individu Laila Eila menerusi Page Facebook PERSATUAN PENANAM2 PISANG MALAYSIA, dia meluahkan rasa sedih apabila kira-kira seribu tanaman pisangnya diserang Penyakit Layu Bakteria Pisang (Moko).
Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali dengan nama Ralstonia solanacerum melalui penyebaran di tanah.
Ianya merupakan penyakit yang berbahaya bagi pokok pisang dan setakat ini tiada rawatan khusus yang mampu mengubati jangkitan penyakit itu.
Malah, lebih menyedihkan petani diminta memusnahkan semua pokok dijangkiti sebelum menanam semula pisang dalam tempoh beberapa tahun.






Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut menzahirkan rasa simpati mereka dan berharap supaya petani bersabar dan tidak berputus asa dengan dugaan ini.




Sumber: Laila Eila via
PERSATUAN PENANAM2 PISANG MALAYSIA