Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dah Tebus? Rakyat Malaysia Jangan Terlepas Data Percuma Sempena HKHM 2026

Data percuma
Kredit Gambar: ChatGPT

Hari ini, 31 Ogos 2026 menjadi tarikh yang cukup bermakna buat rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.

Tentunya pelbagai tawaran dan diskaun istimewa diberikan sempena sambutan tersebut.

Malah, kerajaan sebelum ini turut mengumumkan Insentif Rebat RAHMAH Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 untuk rakyat Malaysia.

Data percuma

Menerusi insentif tersebut, sebanyak 10GB data percuma ditawarkan kepada pengguna prabayar dan pascabayar yang layak, dengan 5GB diberikan sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan 5GB lagi pada Hari Malaysia, 16 September.

Lima syarikat telekomunikasi yang terlibat ialah:

  • CelcomDigi

  • Maxis

  • U Mobile

  • Unifi Mobile

  • YES

Bagaimanapun, kaedah pemberian atau penebusan serta tempoh sah data berkenaan berbeza mengikut syarikat telekomunikasi dan tertakluk kepada terma serta syarat masing-masing.

Bagi pengguna CelcomDigi, anda perlu memastikan talian aktif dan mula menggunakan internet mudah alih antara jam 5 pagi hingga 11.59 malam pada 31 Ogos untuk menerima 5GB data percuma.

Data berkenaan diberikan secara berperingkat dan selepas diterima, ia sah digunakan selama 24 jam.

Sekiranya masih belum menerima data tersebut, pengguna boleh mengaktifkan Mod Pesawat dan matikannya semula. Kemudian, cuba guna internet mudah alih sekali lagi.

Pengguna yang sedang menggunakan WiFi pula perlu memutuskan sambungan WiFi dan menggunakan internet mudah alih menerusi rangkaian Celcom atau Digi bagi melayakkan mereka menerima data tersebut.

Bagi Maxis pula, 5GB sempena Hari Kebangsaan dan 5GB sempena Hari Malaysia diberikan bersama dalam satu penebusan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 10GB.

Pelanggan Maxis dan Hotlink yang layak boleh membuat penebusan bermula jam 12 tengah malam pada 27 Ogos sehingga 11.59 malam pada 16 September 2026.

Selepas diaktifkan, 10GB data percuma itu sah digunakan selama 30 hari.

Berikut cara menebusnya:

  • Dail *100#,

  • Pilih Internet & Settings,

  • Pilih Time Based Pass

  • Pilih 10GB Goodwill

  • Tekan Proceed dan Redeem Now.

Penebusan juga boleh dilakukan menerusi aplikasi Maxis atau Hotlink.

Sementara itu, bagi pengguna Unifi Mobile, anda boleh mendapatkan data percuma sebanyak 8GB.

Data tersebut boleh ditebus menerusi aplikasi MyUnifi bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada 31 Ogos dan sekali lagi pada 16 September.

Selepas ditebus, data 8GB itu sah digunakan selama 24 jam. Sekiranya tidak ditebus pada tarikh berkenaan, kelayakan tersebut akan luput dan tidak boleh dituntut kemudian.

Intipati
  • Insentif Rebat RAHMAH HKHM 2026 menawarkan data percuma kepada pengguna prabayar dan pascabayar layak.
  • CelcomDigi memberikan 5GB pada 31 Ogos kepada pengguna aktif internet mudah alih.
  • Maxis dan Hotlink menawarkan penebusan 10GB, manakala Unifi Mobile menyediakan 8GB melalui aplikasi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan