Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dakwa Bekas Kekasih Curang, Wanita Langgar 49 Lampu Isyarat Merah Guna Kereta Ex-BF Untuk Balas Dendam

Gambar Hiasan via Google

Dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan bekas kekasihnya, seorang wanita di wilayah Zhejiang telah melanggar 49 lampu isyarat trafik ketika memandu kereta lelaki tersebut, lapor Insider.

Menurut portal itu, pelaku telah meminta seorang lelaki lain menyewa Audi milik bekas kekasihnya sebelum menggunakan kenderaan itu bagi melakukan kesalahan trafik.

Dalam tempoh dua hari, dia dikatakan telah melanggar 49 lampu merah sebelum ditahan pihak polis, lapor Insider.

Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan merancang untuk ‘mengumpul’ saman bagi membalas dendam terhadap tindakan bekas kekasihnya yang dikatakan telah curang.

Susulan itu, pelaku serta rakan subahatnya telah ditahan untuk menjalani siasatan.

Sumber: Insider