Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dakwaan Kebocoran Data, Misi Jalankan Siasatan Dalaman

Dakwaan Kebocoran Data Misi
Kredit: Misi

Misi telah memulakan siasatan dalaman secara menyeluruh susulan dakwaan kebocoran data melibatkan platform berkenaan yang tular di media sosial.

Pengasasnya, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi, berkata pihaknya memandang serius setiap dakwaan yang menyentuh keselamatan data dan privasi pengguna.

“Sebaik sahaja menerima maklumat tersebut, pasukan keselamatan siber kami telah memulakan siasatan dalaman secara menyeluruh bagi mengesahkan kesahihan dakwaan ini serta mengenal pasti sama ada berlaku sebarang akses tanpa kebenaran terhadap sistem kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, platform Misi dibangunkan dengan pelbagai lapisan kawalan keselamatan termasuk penyulitan data, pemantauan sistem secara berterusan, kawalan capaian yang ketat serta penilaian keselamatan secara berkala.

Beliau berkata Misi tidak memandang ringan dakwaan berkenaan dan siasatan sedang giat dijalankan dengan teliti.

Misi juga sedang berhubung dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses siasatan, selaras dengan tanggungjawabnya di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

“Sementara siasatan dijalankan, kami menasihatkan para pengguna supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang panggilan, e-mel atau pesanan yang mencurigakan yang mendakwa datang daripada Misi, dan tidak berkongsi maklumat peribadi atau kata laluan dengan mana-mana pihak.

“Kami komited untuk mengendalikan perkara ini secara telus dan bertanggungjawab. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi kami dari semasa ke semasa,” katanya.