Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming (KA) memaklumkan telah mengambil beberapa tindakan ekoran dakwaan kebocoran maklumat peribadinya baru-baru ini.
Menerusi kiriman ringkas di Threads, KA berkata surat tuntutan (LOD) telah dihantar oleh peguamnya kepada syarikat telekomunikasi.
Selain itu, beliau juga telah membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan laporan polis di IPD Dang Wangi.
Menurutnya, laporan itu dibuat bagi membuka siasatan ke atas pelaku.
Beliau juga membuat laporan kebocoran data kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (SPDP).
"Peguam-peguam saya akan ambil alih kes ini sehingga selesai," ujarnya.
KA turut meluahkan rasa sedih berhubung isu kebocoran data ini.
"Sejujurnya rasa sedih dan seram sebab semudah itu saja privasi hidup boleh hilang.
"Maklumat telefon, sejarah bayaran, langganan, sampai ke nombor kad pengenalan boleh akses MySara, semuanya bocor," kata KA.
Sebelum ini, tular hantaran seorang individu yang didakwa mendedahkan maklumat bil telekomunikasi milik Khairul Aming, termasuk jumlah tunggakan.
Orang ramai menggesa agar siasatan dan tindakan yang sewajarnya diambil agar perkara itu tidak berulang lagi.