Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
atlet memanah tanpa lengan
Gambar: Tangkap layar TikTok

Dapat “Perfect 10”, Aksi Atlet Memanah Tanpa Lengan Ini Curi Tumpuan Ramai

Iqbal Yasir

Dapat “Perfect 10”, Aksi Atlet Memanah Tanpa Lengan Ini Curi Tumpuan Ramai

PARIS — Atlet memanah paralimpik India, Sheetal Devi mencuri perhatian dunia apabila berjaya menampilkan persembahan yang cemerlang ketika Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024, lapor The Economic Times.

Dia mencuri perhatian apabila memperolehi 10 mata penuh (perfect) dalam tiga panahan berturut-turut hingga memanjat ke kedudukan kedua.

Dalam acara itu pada Khamis, dia mencatat rekod terbaik peribadinya 703 daripada 720 sekaligus memecahkan rekod dunia (698 mata). Tetapi rekod tersebut dipadam oleh Öznur Cüre dari Turki dengan rekod 704 mata.

Sheetal mengesahkan tempat ke pusingan ke-16 selepas menduduki tempat kedua.

Lebih menyentuh hati, pemanah tanpa lengan itu membuatkan dunia ‘lupa’ seketika mengenai kekurangannya.

“Setiap kemenangan memberi inspirasi kepada saya untuk melakukan lebih baik. Saya tidak sangka akan berada di pentas ini beberapa tahun lalu. Sekarang keadaan berbeza. Saya di sini untuk membanggakan negara saya dan memenangi pingat. Saya akan buat yang terbaik,” katanya selepas mengesahkan kelayakan.

Meskipun dia tewas kepada pesaing dari Chile, Zuniga Mariana di peringkat 16 terbaik, namun persembahannya berjaya mencuri perhatian ramai.

“Dia baru berusia 17 tahun dan menduduki tempat No. 1 dalam kategorinya. Dia melepaskan anak panah dengan menggunakan alat bantuan khas. Sungguh menginspirasikan dunia,” kata salah seorang ahli Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Ini bukan kali pertama Sheetal mencuri perhatian media antarabangsa. Pada Para Asia di Hangzhou, China tahun lalu, dia menjadi muka depan akhbar sukan tempatan, Asiad Daily.

Terdahulu, atlet memanah lelaki Amerika Syarikat, Eric Bennett mencuri perhatian kerana hanya menggunakan mulutnya sahaja untuk memanah.

Di pusingan penyingkiran pertama acara memanah recurve individu, beliau berjaya menewaskan pesaingnya iaitu Taymon Kenton-Smith daripada Australia.

Lebih menakjubkan lagi adalah beliau hampir mendapat “Perfect 10” semasa menewaskan pesaingnya itu.

Persembahan yang konsisten ditampilkannya itu telah melayakkan dirinya ke pusingan seterusnya di pentas Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Sumber: The Economic Times

BACA JUGA: Kenapa Jurugambar Selalu Berpakaian Hitam?

BACA JUGA: Isu Sijil Halal JAKIM: Ini Maklum Balas Restoran Johnny’s dan Black Canyon