Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dari Bas Mini Jadi Surau Bergerak, Mudahkan Pengunjung Terengganu ‘Drawbridge’ Tunaikan Solat

Sering kali kita dengar transformasi bas mini ini akan jadi bilik atau rumah bergerak kan? Tetapi kali ini, sangat unik dan menarik perhatian ramai apabila sebuah bas mini yang berada berdekatan Jambatan Terengganu ini diubah suai menjadi surau untuk para peniaga dan pengunjung.

Kemudahan surau bergerak ini sedikit sebanyak dapat memudahkan individu yang ingin tunaikan solat Asar, Maghrib dan Isyak.

Foto yang dikongsikan oleh Muhd Azran Malek ini menunjukkan keunikkan bas mini ini yang terletak di kawasan ‘Foodtruck’ Drawbridge dan ianya mendapat perhatian ramai.

“Ruang mudah alih klasik ini disediakan untuk membantu umat Islam menunaikan solat di Drawbridge, Kuala Terengganu, Malaysia…”

Surau bergerak ini semakin dikenali selain menjadi daya tarikan para pelancong yang datang ke Terengganu.

Sumber: Azran Malek