Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Gambar Via Nulltx

Dari Mana Datangnya Habuk Dan Debu Dalam Rumah Kita? Ini Jawapannya

Amalia

Pernah tak anda tertanya-tanya dari mana datangnya habuk dan debu dalam rumah walaupun sudah kerap membersihkan ruangan rumah? Pasti letih bukan setiap hari perlu membersih dan membuang habuk dalam rumah lebih-lebih lagi pada tempat yang tinggi dan tersorok.

Sekiranya anda atau salah seorang ahli keluarga yang mempunyai alahan pada habuk pasti anda sedaya upaya mencari alternatif lain untuk menghilangkan habuk dan debu supaya tidak akan muncul semula.

Anda perlu tahu, komponen yang terdapat pada habuk di rumah sedikit sebanyak akan memberi kesan pada paru-paru dan kesihatan secara keseluruhan.

Habuk atau debu yang sering muncul di rumah bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah faktor di mana anda tinggal, musim, bilangan orang yang berada di dalam rumah, haiwan dan banyak lagi. Walaupun kelihatan habuk dan debu seperti perkara kecil, namun anda juga perlu beri perhatian kerana ia melibatkan kesihatan anda sekeluarga di dalam rumah.

Bagaimana habuk dan debu boleh ada dalam rumah?

Debu boleh dilihat dari pelbagai sudut di dalam rumah seperti di atas almari, di celahan pasu, bahagian rak dapur dan sebagainya. kadangkala setelah dibersihkan ia akan muncul semula setelah 2 atau 3 hari.

Debu pada dasarnya adalah gabungan zarah dari luar dan juga dalam yang terapung di udara dan wujud pada setiap permukaan.

Satu kajian dilakukan oleh Beamer yang mendapati bahawa habuk dan debu yang boleh terjadi di dalam rumah adalah mengikut iklim, usia rumah, jumlah yang tinggal di dalam rumah, kerja harian memasak dan tabiat merokok di dalam rumah. Boleh dikatakan sebahagian besar habuk datang 60% dari luar iaitu melalui tingkap, pintu, dan tapak kasut.

Selain itu, Beamer juga menyatakan bahawa habuk dan debu yang terdapat dalam rumah adalah dari sel-sel kulit mati yang terhasil dari manusia, cebisan kain dari permaidani, lapisan perabot yang terhakis dan juga debu tanah dan zarah-zarah yang diterbangkan dari udara luar ke dalam rumah.

Apa akan berlaku jika bernafas pada tempat yang banyak debu dan habuk?

Secara amnya, debu bukan sahaja akan menjadikan rumah anda kotor, malah berupaya mempengaruhi kesihatan anda sekeluarga. Oleh itu, seberapa banyak debu dan habuk yang ada di dalam rumah dapat menentukan saluran pernafasan anda agak kurang baik.

Zarah debu dan habuk yang tebal sebenarnya boleh terperangkap di hidung dan juga mulut ketika anda sedang bernafas. Justeru, zarah debu dan habuk yang halus pula berisiko menembusi ke paru-paru hingga diserap terus ke saluran darah.

Selain itu, faktor lain yang boleh mempengaruhi kesihatan anda ialah jumlah habuk di udara dan berapa lama anda terdedah kepadanya. Sebilangan habuk yang kecil boleh menjadikan seseorang mengalami alergi dan boleh juga menjadi kegatalan pada kulit.

Kesimpulan

Membersihkan rumah dari segala habuk dan debu sememangnya penat jika kerap melakukan kerja tersebut. Namun anda juga perlu fikir tentang kebersihan dan kesihatan yang akan berlaku kepada anda dan juga keluarga di dalam rumah.

Jangan biarkan habuk yang nipis menjadi semakin tebal kerana ia boleh menjadikan seseorang itu mengalami kesukaran bernafas dan akhirnya akan diserap ke paru-paru.

Oleh itu, ambil sedikit masa untuk membuang habuk di dalam rumah supaya rumah kelihatan bersih sekaligus mengekalkan udara yang nyaman dan segar.

Sumber : Molekule.Science, Architectural.Digest