SK magic Malaysia kini secara rasmi menjenamakan semula syarikatnya sebagai SK intellix Malaysia, menandakan perubahan besar daripada sekadar penyedia peralatan rumah kepada platform kesejahteraan berasaskan kecerdasan buatan (AI).
Nama baharu ini menggabungkan perkataan “Intelligent” (pintar) dan huruf “X”, melambangkan inovasi tanpa batas. Dengan identiti baharu, SK intellix komited menawarkan solusi AI diperibadikan, pengalaman pelanggan lebih baik, serta memperkukuh inovasi kesihatan termasuk dalam kategori Health & Water.
Pengarah Urusan SK intellix Malaysia, Andy Kim berkata:
Perkukuh Komitmen ESG & Ekonomi Kitaran
Dalam majlis yang sama, SK intellix Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan SWCorp, dengan sokongan Korea Environment Corporation (K-Eco). MoU ini menyokong pelaksanaan Polisi Perluasan Tanggungjawab Pengeluar (EPR) di bawah Blueprint Ekonomi Kitaran Sisa Pepejal yang diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming.
SK intellix juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Ekonomi Kitaran (NCEC), sebagai pengiktirafan kepada komitmen mereka terhadap amalan ESG dan pengurusan sisa secara lestari.
Selain itu, satu lagi MoU tiga hala sedang dirangka antara SWCorp, K-Eco dan SK intellix bagi memperkukuh kerjasama serantau dan amalan terbaik industri.
Andy Kim menambah:
Teraju Inovasi Lestari
Sebagai pengiktirafan, SK intellix Malaysia akan membuat pembentangan di acara NCEC Oktober 2025, bagi berkongsi strategi ekonomi kitaran, pencapaian ESG, dan impak alam sekitar yang terukur.
Kerjasama bersama SWCorp dan K-Eco ini dilihat sebagai langkah besar ke arah masa depan yang lebih lestari, bertanggungjawab dan inovatif — bukan sahaja untuk industri, malah untuk masyarakat dan negara.