Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dari XXL Ke M, Lelaki Ini Berjaya Turun 40kg Walau Tak ‘Pantang’ Makan, Cuma Jaga ‘Portion’ Dan Kalori

Gambar: Muhammad Habibullah Bin Safri
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Semua orang tahu bahawa untuk mendapat bentuk badan yang diinginkan mahu pun menurunkan berat badan, bukanlah suatu perkara yang mudah.

Hendak memulakan sesuatu benda atau rutin yang baharu itu pastinya akan disulamkan dengan pelbagai halangan.

Namun begitu, walaupun ianya sukar, tetapi ianya bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk berjaya. Dengan disiplin dan keazaman yang tinggi serta cara yang betul, ianya pasti boleh dicapai.

Seperti seorang pengguna Facebook bernama Muhammad Habibullah Bin Safri ini, beliau berjaya untuk menurunkan berat badannya daripada 115 kg sehinggalah 75 kg selepas mencuba bermacam-macam cara.

Mac 2020 vs Mac 2021

115kg vs 75kg

XXL vs M

44 vs 32

Pengalaman turun naik berat dari 2009. Macam-macam cara dah cuba untuk turunkan berat. Lepas turun mesti naik berkali ganda. Tahun lepas try DSSS, lebih fleksibel. Tiada pantang mana-mana makanan, fokus jaga portion dan kalori. Bersenam untuk tingkatkan BMR. Good luck kepada semua yang berusaha untuk menjalani hidup aktif & sihat.

Beliau juga turut mendedahkan kaedah dan tips yang diamalkannya dalam usahanya menurunkan berat badan menerusi temubual di messenger.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiaannya seperti berikut:

Antara kaedah dan tips yang saya amalkan.

1. Pemakanan Tetapkan target kalori harian. Saya guna apps ‘HealthifyMe’. Apps akan kirakan keperluan kalori harian kita mengikut target kita.

Untuk turunkan berat saya kena makan sekitar 400-500 kalori untuk breakfast, lunch dan dinner. 400 kalori tu lebih kurang segenggam nasi, satu jenis lauk, sayur & buah atau orang kita sebut Diet Suku-Suku Separuh (DSSS).

Buah dan sayur boleh makan banyak sebab tak kenyang makan nasi sikit. Makan buah dan sayur yang tidak diproses dan rendah kalori macam tembikai, timun, daun salad.

Kalau sayur masak lemak, buah durian jangan yang ni pun makan banyak, didn’t serve the purpose.

2. Tidur Pastikan dapat tidur yang cukup. Dapatkan paling kurang 5 jam tidur tapi sebaiknya 7 jam dan lebih. Tidur ni penting untuk stabilkan hormon, emosi dan repair sel dalam badan.

Cara saya tidur awal bangun awal. Hari kerja saya akan tidur selepas isyak & bangun pukul 3 pagi. Saya bangun awal sebab nak bersenam, sebab balik kerja dah penat susah nak dapatkan semangat bersenam tu. Kalau hari cuti saya akan tidur sebelum pukul 10 dan bangun pukul 5.

3. Senaman Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Buat ikut kemampuan diri. Saya bermula dengan brisk walking sekitar kawasan rumah.

Bila berat dah turun boleh tambah intensiti senaman. Saya bermula dengan brisk walking lebih kurang 2km untuk 30 minit. Alhamdulillah sekarang saya dah boleh berlari 5km dalam 30 minit.

Seminggu sekali long run 10km ke atas. Saya juga sudah mampu berlari half marathon (21.1km) di bawah 3 jam. Pencapaian yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini. Ada juga buat senaman angkat berat di rumah untuk shape otot supaya kulit tak menggeleber lepas turun berat.

Sumber: Muhammad Habibullah Bin Safri