Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dendam Ditinggal 5 Tahun Lalu, Lelaki Bakar Rumah Bekas Isteri Yang Bakal Berkahwin Lain

Gambar Hiasan via Google

Kerana tidak puas hati pernah ditinggalkan bekas isteri, seorang lelaki warga Mesir bertindak membakar rumah bekas isterinya yang bakal berkahwin dengan lelaki lain keesokan harinya, lapor Gulf News.

Menurut portal tersebut, lelaki berkenaan kemudiannya berjaya ditahan dan mengaku berdendam dengan bekas isteri yang meninggalkannya lima tahun lalu.

Bekas isteri yang juga merupakan sepupu kepada lelaki itu dikatakan meminta cerai setelah dipujuk oleh keluarga wanita berkenaan kerana berlaku pertelingkahan antara keluarga, lapor Gulf News.

Pada hari kejadian kebakaran tersebut, dilaporkan berlaku pergaduhan antara keluarga suspek dan bekas isteri di sebuah perkampungan di Abu Tesht yang terletak di wilayah Qena.

Suspek kemudian bertindak pergi ke apartment baharu bekas isterinya dan membakar kediaman tersebut. Empat orang dilaporkan cedera dalam insiden kebakaran berkenaan, menurut laporan Gulf News.

Tambah portal berkenaan, kebakaran berjaya dipadamkan oleh pihak bomba setempat dan suspek juga telah ditahan pihak berwajib.

Sumber: Gulf News