Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Detik Cemas Gempa Venezuela, Tindakan Warga Emas Lindung Isteri Undang Sebak

warga emas
Gambar: TikTok @asiaone

Detik Cemas Gempa Venezuela, Tindakan Warga Emas Lindung Isteri Undang Sebak

Kasih sayang bukan sekadar ungkapan, tetapi dibuktikan melalui tindakan. Sama ada kasih seorang ibu kepada anak, anak kepada ibu bapa, mahupun suami kepada isteri dan sebaliknya.

Apabila bencana datang tanpa amaran, tiada siapa sempat memikirkan harta benda atau barangan berharga.

Apa yang paling penting ketika itu hanyalah memastikan insan tersayang berada dalam keadaan selamat.

Itulah yang menyentuh hati jutaan orang apabila satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan detik cemas sepasang suami isteri warga emas ketika gempa bumi dahsyat melanda Venezuela mula tular di media sosial.

Rakaman CCTV buat ramai sebak

Dalam rakaman tersebut, seorang wanita warga emas dilihat sedang duduk berehat di atas kerusi di ruang tamu rumahnya.

Di sebelahnya pula terdapat sebuah alat bantuan berjalan yang dipercayai digunakan kerana dia mengalami kesukaran untuk bergerak.

Pada mulanya suasana kelihatan tenang seperti hari-hari biasa. Namun, hanya beberapa saat kemudian, gegaran kuat mula dirasai.

Perabot mula bergegar, bangunan rumah bergoncang dan suasana yang tenang bertukar menjadi cemas dalam sekelip mata.

Wanita itu dilihat menjerit ketakutan apabila menyedari rumah mereka sedang dilanda gempa bumi yang kuat.

Si suami berlari jadi 'perisai' Isteri

Apa yang berlaku selepas itu benar-benar meruntun hati ramai. Si suami terus berlari menghampirinya.

Tanpa menghiraukan keselamatannya sendiri, dia segera memeluk serta menggenggam erat tangan isterinya sebelum menggunakan tubuh badannya sebagai 'perisai' ketika gegaran semakin kuat.

Dalam saat nyawa sendiri berada dalam bahaya, lelaki itu memilih untuk memastikan wanita yang dikasihinya berada dalam keadaan selamat.

Venezuela berdepan tragedi besar

Video yang tular itu sebenarnya datang daripada tragedi yang jauh lebih menyayat hati.

Venezuela kini sedang melalui antara bencana paling buruk dalam sejarah negara itu selepas digegarkan dua gempa bumi kuat berukuran 7.2 dan 7.5 magnitud.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,430 orang disahkan terkorban, manakala puluhan ribu lagi masih berdepan kesan kemusnahan yang berlaku.

Lebih memilukan, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan lebih 50,000 individu dilaporkan masih belum ditemui.

Selepas lebih 72 jam berlalu, harapan untuk menemukan mangsa yang masih hidup semakin tipis apabila setiap minit yang berlalu menjadi penentu antara hidup dan mati.