Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Devialet mengalu-alukan kehadiran para wartawan, pencipta kandungan serta tetamu jemputan ke sebuah pengalaman eksklusif di The Flow Studio, KLGCC, bagi meraikan ketibaan Koleksi Eksklusif Devialet Mania baharu di Malaysia.
Diinspirasikan oleh gaya eksplorasi baharu yang menggabungkan prestasi teknikal untuk aktiviti luar dengan ciri urban yang moden, pelancaran ini menandakan lembaran baharu bagi Devialet Mania, pembesar suara mudah alih berfideliti tinggi jenama tersebut yang menggabungkan inovasi akustik bertaraf dunia dengan reka bentuk kontemporari yang anggun.
Bertemakan "The Sound of Summer", acara ini mengubah suasana di The Flow Studio menjadi sebuah pengalaman yang merangsang pancaindera, di mana bunyi menjadi elemen yang menghubungkan pergerakan, kesejahteraan dan ekspresi diri. Selaras dengan visi Devialet untuk membawa pengalaman audio luar biasa melangkaui ruang kediaman, para tetamu dijemput untuk menyaksikan sendiri bagaimana bunyi yang imersif mampu menjadikan setiap detik lebih istimewa, di mana jua mereka berada.

Sepanjang acara tersebut, para tetamu berpeluang menyertai pelbagai aktiviti kesejahteraan yang disusun khas, termasuk sesi Flow Sculpt, Mega Pilates, dan latihan berinspirasikan Hyrox. Setiap sesi berkenaan dipertingkatkan lagi dengan prestasi bunyi mantap Devialet Mania yang ikonik. Beberapa zon pengalaman imersif dan pengenalan produk turut disediakan bagi mempamerkan keversatilan pembesar suara ini dalam pelbagai situasi, sama ada ketika bersenam, bersosial, atau bersantai.
Tumpuan utama acara ini adalah pelancaran Koleksi Eksklusif Devialet Mania, yang menandakan langkah berani Devialet untuk meneroka segmen techwear menerusi koleksi eksklusif pembesar suara mudah alih jenama itu. Diinspirasikan oleh trend techwear, koleksi ini memperkenalkan dua pilihan warna yang menyerlah iaitu Moss Green dan Rose Bloom, khusus untuk individu yang sentiasa bergerak aktif.
Direka untuk gaya hidup dinamik, Devialet Mania menggabungkan bunyi imersif 360°, teknologi akustik pintar, jangka hayat bateri sehingga 10 jam, serta kalis percikan air IPX4. Sesuai dijadikan sebagai teman pengembaraan, ia turut didatangkan dengan bekas pembawa Devialet Mania Cocoon yang direka khas untuk melindungi pembesar suara ini sambil menampilkan estetika moden yang tersendiri.

Mengekalkan seni bina akustik yang menjadi identiti unik Devialet, pembesar suara ini menawarkan pengalaman audio luar biasa menerusi teknologi proprietari seperti Active Stereo Calibration (ASC), yang membolehkan Devialet Mania menyesuaikan prestasi audio secara terus mengikut persekitarannya, sama ada di ruang dalaman yang intim atau kawasan luar yang terbuka.
Dikuasakan oleh seni bina cross-stereo unik yang menggabungkan empat pemacu julat penuh dan dua pemacu bass, serta dipertingkatkan dengan teknologi pengecaman ruang dan Speaker Active Matching (SAM®), iaitu paten milik Devialet, pembesar suara ini menghasilkan bunyi imersif 360° dengan ketepatan dan fideliti luar biasa merentasi setiap frekuensi.
Devialet Mania turut dilengkapi pembantu suara Alexa serta sambungan Wi-Fi, Bluetooth® 5.0, Spotify Connect dan AirPlay 2 yang lancar, bagi memastikan pengalaman audio yang intuitif tidak kira di mana sahaja.

Pelancaran ini membuktikan bagaimana audio premium mampu memperkayakan gaya hidup moden, daripada sesi senaman penuh bertenaga dan aktiviti luar hinggalah kepada ketika bersantai dan menenangkan fikiran. Dengan menggabungkan audio ke dalam pengalaman yang berteraskan pergerakan, Devialet menunjukkan bagaimana teknologi boleh menjadikan rutin harian lebih bermakna, sekali gus mengeratkan lagi hubungan antara manusia, tempat dan pengalaman.
Pelancaran Koleksi Eksklusif Devialet Mania mencerminkan komitmen berterusan jenama ini dalam mencorak wacana budaya menerusi inovasi, kreativiti dan reka bentuk. Dalam usaha Devialet untuk terus mentakrif semula pengalaman audio premium, ia mengajak generasi baharu pendengar, yang melihat dunia sebagai pentas aksi mereka, untuk menikmati bunyi sebagai pemangkin kepada penerokaan dan hubungan yang lebih bermakna.

Koleksi Musim Panas Devialet Mania kini boleh didapati di Malaysia pada harga runcit yang disyorkan (RRP) RM5,490.
Para pengguna boleh mendapatkan koleksi eksklusif ini di Devialet Store Kuala Lumpur:
Lokasi: Lot 2.29.00, Aras 2, Pavilion Kuala Lumpur, 168, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam
Tel: +603 2709 9698