Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Lelaki Tembak "Admin" Whatsapp
Kredit: AFP

Didakwa Marah Dikeluarkan Dari “Group”, Lelaki Tembak “Admin” WhatsApp

Athirah

Didakwa Marah Dikeluarkan Dari “Group”, Lelaki Tembak “Admin” WhatsApp

Seorang lelaki di Pakistan telah didakwa atas tuduhan membunuh selepas dipercayai menembak mati seorang pentadbir kumpulan WhatsApp pada Khamis lalu, lapor AFP.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa motif kejadian adalah disebabkan suspek telah dikeluarkan daripada kumpulan tersebut.

Difahamkan, mangsa maut ditembak di Peshawar, ibu kota wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang bersempadan dengan Afghanistan.

Pentadbir Whatsapp ditembak, suspek didakwa tidak berpuas hati

Manakala suspek telah didakwa atas pembunuhan itu, menurut dokumen polis yang dilihat oleh AFP dan pegawai polis tempatan.

Menurut kenyataan daripada ahli keluarga, mangsa dipercayai mengeluarkan suspek daripada kumpulan WhatsApp selepas berlaku satu pertengkaran.

Tambahnya, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bertemu bagi berdamai, namun mendakwa suspek muncul dengan senjata api dan melepaskan tembakan membunuh adiknya.

Menurut kenyataan itu, suspek bertindak dalam keadaan marah ‘sebagai reaksi terhadap penyingkirannya daripada kumpulan WhatsApp’.

Ditendang keluar dari kumpulan WhatsApp, lelaki bertindak tikam rakan sekerja

Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku kerana pada tahun 2024, seorang lelaki berjaya ditahan atas kesalahan membunuh rakan sekerjanya disebabkan sakit hati apabila ditendang keluar daripada kumpulan WhatsApp oleh mangsa, lapor CNN Indonesia.

Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan Baleendah, Kabupaten Bandung, Jawa Barat, Indonesia.

Ketua Polis Bandung Pesuruhjaya Pol. Kusworo Wibowo berkata bahawa kejadian bermula selepas suspek berang kerana ditendang keluar daripada salah satu kumpulan WhatsApp geng motosikal.

“Selepas dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp, suspek menghampiri mangsa sehingga pergelutan berlaku dan suspek mengeluarkan sebilah pisau,” kata Kusworo ketika sidang media si Ibu Pejabat Polis Daerah Bandung, pada Isnin lalu.

Menurut Kusworo, susulan kejadian itu, mangsa telah menerima beberapa tikaman di bahagian dada kiri sehingga menembusi jantung serta lengan dan jari.

“Memang setiap hari dia membawa (pisau) ke mana-mana dan semalam apabila pergelutan berlaku, suspek segera mengeluarkan senjatanya dan menikam mangsa,” kata Kusworo lagi.

BACA: Raja Charles III Layan Lagu Siti Nurhaliza

BACA: Masyarakat Bukan Islam Di Kelantan Seronok Berbuka Puasa Di Masjid

BACA: Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya Pada 29 & 30 Mac, 5 & 6 April

Sumber: AFP