Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Didakwa Promosi Judi Atas Talian, Lima Pempengaruh Mengaku Tidak Bersalah

Athirah
Didakwa Promosi Judi Atas Talian
Kredit: Bernama

Didakwa Promosi Judi Atas Talian, Lima Pempengaruh Mengaku Tidak Bersalah

Lima pempengaruh mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, pada Rabu atas pertuduhan mempromosikan judi dalam talian di platform media sosial masing-masing, pada Jun lalu, lapor Sinar Harian.

Kelima-lima tertuduh membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin dan Illi Marisqa Khalizan.

Mengikut pertuduhan, seorang daripada tertuduh didakwa mempromosikan judi di tempat awam secara atas talian di sebuah restoran di Sentul, Kuala Lumpur kira-kira jam 8.23 pagi, 3 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 8(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Jika sabit kesalahan, akta berkenaan memperuntukkan hukuman denda antara RM20,000 sehingga RM200,000 dan penjara maksimum lima tahun.

Empat lagi tertuduh didakwa di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953

Manakala dua tertuduh didakwa mengumum atau menerbitkan dengan cara mempromosikan platform perjudian dalam talian di akaun Instagram masing-masing yang didakwa bertujuan mengajak atau memperdaya mana-mana orang untuk berjudi di rumah judi terbuka.

Menurut laporan Sinar Harian, masing-masing didakwa melakukan kesalahan itu di dua restoran di Bandar Tun Razak dan Taman Maluri di Cheras, kira-kira jam 9 dan 9.30 pagi pada tarikh yang sama.

Sementara itu, dua lagi tertuduh pula didakwa menggunakan telefon pintar jenis iPhone 11 Pro Max dan iPhone 13 Pro untuk membantu menjalankan promosi perjudian dalam talian.

Promosi perjudian dalam talian didakwa dilakukan menerusi akaun Instagram yang masing-masing dikendalikan mereka.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Pejabat Unit Pencegahan Perjudian D7, di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di Wangsa Maju, masing-masing kira-kira jam 7 pagi dan 7.30 pagi pada tarikh yang sama.

Semua empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Akta berkenaan memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 sehingga RM50,000 dan penjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, hukuman denda minima RM5,000 dan maksimum RM50,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas.

Mahkamah kemudian membenarkan dua tertuduh diikat jamin dengan jaminan RM4,000. Manakala tiga lagi tertuduh dibenarkan ikan jamin RM5,000.

Kedua-dua mahkmah turut menetapkan sebutan semula kes pada 15 Ogos ini.

BACA: Jiran Telefon Minta Maaf, Anak Letak Racun – Nurain

Sumber: Sinar Harian