Tanda pagar #SMStopDisrespectingIslam menjadi tular di laman Twitter dipercayai selepas agensi berkenaan mengeluarkan produk dagang yang didakwa menyerupai masjid dan Kaabah.
Dalam laporan Koreaboo, para peminat menganggap produk untuk pemasaran kumpulan NCT U itu bersifat mengambil guna budaya (cultural appropiation) Islam.
Antara isu yang dibangkitkan ialah persamaan produk pin dan hiasan pop-up yang menyerupai Masjidil Haram dan Kaabah.



BACA: Masih Memerlukan Pertolongan Moratorium? Tak Ramai Faham, Ini Fakta Dan Cara Mohon
BACA: Peniaga Boleh Dapat Hingga RM10,000 Kalau Minta Customer Bayar Guna Cara Ni
Susulan itu, warga maya dan para peminat membawa isu itu ke laman Twitter untuk mendesak agensi berkenaan membuat permohonan maaf.
“Islam bukan gurauan, kenapa kamu tidak menghormati Islam? Kami mahukan permohonan maaf NCTsmtown,” tulis Lee Yeoushi.
Sebelum ini, kumpulan itu pernah menghadapi kecaman selepas sesi persembahan yang menjadikan imej makam Imam Hussein sebagai latar belakang mereka ketika program Inkigayo.
BACA: Peniaga Boleh Dapat Hingga RM10,000 Kalau Minta Customer Bayar Guna Cara Ni