Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Digelar Fosil Hidup, Ikan Ini Mampu 'Puasa Air' Lebih Dari 4 Tahun
Bila bercakap tentang ikan, air ibarat nyawa haiwan berinsang ini. Tanpa air, seekor ikan bukan sekadar hilang tempat berenang, malah hilang sumber oksigen dan ruang untuk terus bernyawa.
Bagi kebanyakan spesies, ketiadaan air walau hanya beberapa minit sudah cukup untuk membuatkan ikan ini mati.
Namun lain pula spesies ikan yang satu ini, ia mampu bertahan hidup tanpa air sehingga lebih 4 tahun, bahkan lagi lama daripada orang berpuasa tanpa air.

Ikan Paru-Paru Afrika Barat atau West African lungfish ialah haiwan prasejarah. Ikan ini telah bertahan hampir tanpa perubahan selama kira-kira 400 juta tahun sehingga sering digelar “fosil hidup”.
Terdapat enam spesies ikan paru-paru yang masih hidup hari ini. Habitat asli ikan air tawar ini adalah di perairan di Afrika, Amerika Selatan dan Australia.
Tidak seperti ikan lain, menari Ikan Paru-Paru adalah adaptasi yang luar biasa untuk terus hidup.
Ia termasuklah mempunyai paru-paru primitif dan keupayaan untuk bertahan dalam keadaan estivasi, iaitu keadaan tidak aktif yang hampir sama seperti hibernasi.
Seperti semua ikan, ia mempunyai insang untuk mengekstrak oksigen daripada air. Namun, kewujudan paru-paru membolehkannya menyerap oksigen daripada udara juga.
Perkara inilah yang membolehkan ikan ini bertahan hidup tanpa air sehingga 4-6 tahun.

Ketika musim kemarau, ikan ini menggali lubang kira-kira 25 sentimeter di bawah permukaan untuk bertahan hidup sehingga hujan kembali.
Ketika, estivasi ikan paru-paru akan mengeluarkan lendir yang membentuk “kepompong” serta pencernaan tisu ototnya sendiri untuk mendapatkan nutrien.

1. Perlu Bernafas, Elak Lemas Dalam Air
Tahukah anda, ikan ini sebenarnya boleh lemas di dalam air? Dengar seperti lawak, tapi itulah hakikat.
Ikan ini perlu timbul ke permukaan setiap setengah jam untuk menyedut udara meskipun mempunyai insang.
2. Warisan Zaman Ikan
Ikan paru-paru tergolong dalam kumpulan ikan bersirip cuping (Sarcopterygii), yang suatu ketika dahulu mendominasi lautan antara 408 hingga 362 juta tahun lalu
3. Terselamat Daripada Kepupusan
Sekitar 250 juta tahun lalu, pemanasan global menyebabkan kepupusan besar yang memusnahkan 95 peratus hidupan marin. Namun, sebahagian kecil kumpulan ini terselamat, termasuklah ikan paru-paru.
4. Boleh Hidup Di Darat Dan Air

Apabila air kering, ia menggali lumpur dan membentuk kepompong lendir untuk mengekalkan kelembapan serta bernafas.
Sistem pernafasan yang unik, iaitu paru-paru terbahagi kepada kantung kecil bagi memaksimumkan pertukaran oksigen.
5. Boleh Hidup Lebih 100 Tahun
Menurut laporan Animal Facts, ikan ini paru-paru Queensland di Shedd Aquarium dilaporkan hidup melebihi 100 tahun dalam kurungan.
Menarik bukan?