Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dilapor Hilang Sejak 9 April, Polis Mohon Bantuan Kesan Muhammad Izwan

Muhammad Izwan
Kredit: Polis Bentong

Dilapor Hilang Sejak 9 April, Polis Mohon Bantuan Kesan Muhammad Izwan

Polis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mencari seorang lelaki berusia 27 tahun yang dilaporkan hilang sejak 9 April lalu.

Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Polis Bentong di Facebook, laporan berhubung kehilangan mangsa diterima pada 11 April 2026 kira-kira jam 9 pagi.

Pengadu yang merupakan isteri kepada mangsa memaklumkan kali terakhir mereka bertemu adalah pada 8 April sekitar jam 10 malam di Hentian Raya Bentong, Pahang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Zaiham Mohd Kahar berkata mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Izwan bin Omar kali terakhir dapat dihubungi pada 9 April kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketika itu, mangsa memaklumkan bahawa dia berada di Stesen Bas Larkin, Johor sebelum gagal dihubungi selepas itu.

Orang ramai diminta tampil jika ada maklumat bantu siasatan

Muhammad Izwan bin Omar memiliki ketinggian lebih kurang 166 sentimeter dengan berat sekitar 107 kilogram serta berbadan gempal.

Ketika kali terakhir dilihat, mangsa dilaporkan memakai sweater berwarna hitam dan seluar hitam.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-2231999 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujar kenyataan itu.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi balai polis berikut:

  • Balai Polis Bentong: 09-2222222

  • Balai Polis Genting Highlands: 03-61012222

  • Balai Polis Karak: 09-2311222

  • Balai Polis Lurah Bilut: 09-2377222

  • Balai Polis Manchis: 09-2450522

  • Balai Polis Bukit Tinggi: 09-2330222

  • Balai Polis Telemong: 09-2399222

Sumber:Facebook