Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dipercayai Hilang Kawalan Ketika Lalu Selekoh, Pemandu Maut Lori Jatuh Cerun

Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbalik dan jatuh ke dalam cerun ketika menuruni bukit di Kuari Bukit Jerus hari ini.

Memetik daripada laporan berita Sinar Harian memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 11.40 pagi itu, mangsa meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal, siasatan awal mendapati lori yang dipandu mangsa dalam perjalanan turun selepas mengisi tanah.

Katanya lagi, pemandu gagal mengawal lori tersebut setiba di selekoh ke kiri dan menyebabkan kenderaannya ke lereng kanan bukit sebelum terbalik dan jatuh ke gaung.

Akibat daripada itu, mangsa tersepit dan maut di tempat kejadian.

Mayat mangsa yang berasal dari Kampung Serdang Muda, Melor, Kota Bharu ini dihantar ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian