Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Diskaun Saman Sehingga 50% Ditawarkan Di Negeri Perak Bermula 19 Hingga 27 Januari ini

Gambar : Bernama

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Perak mengeluarkan satu kiriman melalui akaun Facebook mereka berkaitan tawaran potongan sebanyak 50% atas kesalahan trafik kepada pengguna lalu lintas yang berada di sekitar negeri Perak.

Pengguna jalan raya yang mempunyai saman lampau dan ingin mendapatkan tawaran 50% tersebut boleh hadirkan diri di kaunter saman IPK dan semua cawangan daerah Perak bermula 18 januari sehingga 27 januari 2021 kecuali hari sabtu dan ahad, 9 pagi hingga 4 petang.

Saman yang BERKECUALI untuk tawaran diskaun 50% :

1. Saman berstatus bicara Mahkamah ( Bertanda ‘m’).

2. Saman Ops selamat 2020 ( Bertanda “@“).

3. Saman Kemalangan tahun 2020 & 2021.

4. Saman berstatus Waran Tangkap tahun 2020 & 2021.

5. Saman berkaitan kesalahan M/Lori ( Bertanda ‘^’).

6. Saman Kesalahan tidak boleh diKompaun / Non Compaund ( NC) tahun 2018, 2019,2020 & 2021.

Sumber : Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontijen Perak