Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Disyaki Ada Gangguan Mental, Lelaki Dilapor Maut Ditikam Kerana Berebut ‘Remote’ TV

Gambar: Tribunnews

Gara-gara berebut alat kawalan jauh TV, seorang lelaki mati ditikam seorang suspek lelaki, jam 6 pagi pada Selasa, lapor portal Tribunnews.

Menurut sumber, mangsa ditemui tidak bernyawa dan berlumuran darah di sebuah warung kopi di kompleks Masjid Baiturrahim, Papua, Indonesia.

Dilaporkan, mangsa meninggal dunia akibat penganiayaan yang dilakukan oleh pelaku berdasarkan bukti dari rakaman CCTV.

Berdasarkan maklumat dari penduduk setempat, pelaku dan mangsa sering bertengkar kerana berebutkan ‘remote‘ TV. Akibat daripada perlakuannya itu, si pelaku telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Nabire.

Saat dihubungi wartawan pada siang tadi, Ketua Polis Nabire AKBP, Kariawan Barus menjelaskan, “Kami telah memeriksa pelaku dan dua saksi. Pelaku disyaki mengalami gangguan mental. Yang jelas, kami akan melakukan pemeriksaan perubatan terhadapnya.

Dipercayai, pelaku sebenarnya mengalami gangguan mental sejak sekian lama seperti yang dimaklumkan oleh penduduk setempat.

Sumber: Tribunnews.com