Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ditanya Adakah Boleh Tarawih Di Masjid Tahun Ini Dan Mengenai Solat Berjarak, Ini Jawapan Dr Zulkifli

Gambar: Bernama

Sejak negara kita diserang dengan wabak pandemik COVID-19, pasti ramai diantara kita yang merindukan untuk bersolat Tarawih secara berjemaah di surau/masjid bukan?

Namun atas faktor keselamatan dan kesihatan, perkara tersebut terpaksa ditangguhkan supaya dapat mengawal penularan wabak tersebut.

Penurunan kes harian COVID-19 yang dilaporkan baru-baru ini seakan memberikan sinar harapan untuk kita semua mengimarahkan masjid seperti sedia kala terutamanya ketika bulan Ramadan nanti.

Dan bagi menjawab persoalan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, menerusi akaun Instagram rasminya ada menjawab berkenaan persoalan warganet melalui sesi Q&A yang dilakukannya.

Bila ditanya berkenaan solat Tarawih pada tahun ini boleh dilakukan di masjid atau tidak. Beliau menjawab: “Seperti solat Jumaat dan solat fardhu, insyaAllah solat Tarawih juga akan diputuskan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri masing-masing.

Selain daripada persoalan solat Tarawih pada tahun ini, warganet juga turut bertanyakan mengenai sampai bilakah jarak ketika solat berjemaah perlu dilaksanakan?

Beliau menjawab: “Soalan ini sebaiknya ditujukan kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri iaitu Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri. InsyaAllah jika keadaan sudah reda dan KKM juga mengiyakannya, saya pasti kita akan solat seperti biasa kembali.

Sumber: drzulkifli.albakri