Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Peminat SEVENTEEN kini boleh tampil dengan gaya diinspirasikan oleh idola kesayangan apabila Skechers melancarkan koleksi eksklusif hasil kolaborasi bersama DK, SEUNGKWAN dan DINO.
Dikenali sebagai SKECHERS I SEVENTEEN’s DK, SEUNGKWAN & DINO Apparel Collection, koleksi ini merupakan kerjasama reka bentuk pakaian pertama antara Skechers dan tiga anggota kumpulan popular tersebut.

Menariknya, setiap rekaan dalam koleksi ini menampilkan karya seni lukisan tangan asli yang dihasilkan sendiri oleh DK, SEUNGKWAN dan DINO, sebelum diterjemahkan kepada pakaian yang boleh digayakan oleh para peminat.

Koleksi uniseks ini menampilkan pelbagai pilihan termasuk t-shirt lengan pendek, pullover knit dan jaket woven, dengan setiap rekaan membawa inspirasi unik daripada personaliti, minat serta pengalaman peribadi ketiga-tiga anggota SEVENTEEN itu.
Rekaan DK menampilkan elemen yang dekat dengan dirinya seperti besbol, anjing dan pizza, manakala SEUNGKWAN mengetengahkan minatnya terhadap sukan serta inspirasi daripada perjalanan muziknya. DINO pula membawa elemen gaya hidup aktif, muzik dan suasana santai di tepi pantai menerusi rekaannya.
Selain koleksi pakaian, Skechers turut memperkenalkan koleksi kasut terbaru Hotshot yang menggabungkan gaya klasik dengan teknologi keselesaan seperti Skechers Hands Free Slip-ins®, Heel Pillow® dan Air-Cooled Memory Foam®untuk pengalaman pemakaian lebih selesa sepanjang hari.

Bagi peminat yang mahukan koleksi lebih istimewa, SKECHERS I SEVENTEEN Gift Set turut ditawarkan dengan tali kasut boleh tukar yang menampilkan ikon rekaan peribadi DK, SEUNGKWAN dan DINO, selain set Photo Frame Charms eksklusif.

Bermula daripada RM149, koleksi SKECHERS I SEVENTEEN’s DK, SEUNGKWAN & DINO Apparel Collectionkini boleh didapati di cawangan Skechers terpilih seluruh Malaysia termasuk 1 Utama Shopping Centre, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion KL, Suria KLCC Mall dan The Exchange TRX Mall, serta secara dalam talian menerusi Skechers Malaysia.
Gabungan kreativiti tiga anggota SEVENTEEN bersama keselesaan ikonik Skechers ini pastinya memberi peluang kepada peminat untuk mengekspresikan gaya mereka bukan sahaja sebagai peminat, tetapi juga dalam kehidupan seharian.