Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Jabatan Perikanan Malaysia
Kredit: Bernama

DOF Tegas Tidak Pernah Jemput Mana-mana Individu Jalani Latihan Di Akademi Perikanan

Athirah

DOF Tegas Tidak Pernah Jemput Mana-mana Individu Jalani Latihan Di Akademi Perikanan

PUTRAJAYA, 25 Jan (Bernama) — Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menjemput atau melibatkan mana-mana individu, termasuk 12 warga Bangladesh yang baru-baru ini ditahan, untuk menjalani latihan di Akademi Perikanan Malaysia.

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain berkata pemakaian pakaian berlogo DOF oleh individu tersebut adalah bertujuan mengelirukan pihak penguatkuasaan negara.

“Perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan imej jabatan, malah boleh menggugat integriti dan kredibiliti institusi kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menyeru orang ramai agar berhati-hati dengan pihak yang menyalahgunakan nama atau identiti jabatan untuk kepentingan tertentu.

Katanya sebarang maklumat yang mencurigakan boleh dilaporkan terus kepada pihak berkuasa.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak penguatkuasaan dan memastikan langkah-langkah proaktif diambil bagi mencegah insiden seperti ini daripada berulang pada masa akan datang,” katanya.

Adnan turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atas kejayaan operasi menahan individu-individu tersebut.

“Tindakan pantas dan tegas itu mencerminkan komitmen tinggi pihak penguatkuasaan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya.

Sementara itu, JIM hari ini membongkar taktik sekumpulan warga Bangladesh menyamar sebagai pelatih Akademi Perikanan Malaysia.

Dilaporkan seramai 12 lelaki yang berpakaian seragam telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Jumaat lepas.

Kesemua individu terbabit mendakwa kedatangan mereka ke negara ini untuk tujuan lawatan sambil belajar sebagai pelatih Akademi Perikanan Malaysia dan turut mengemukakan surat jemputan daripada sebuah syarikat yang beralamat di Kuching, Sarawak.

Namun semakan lanjut mendapati surat jemputan tersebut disahkan tidak wujud.

BACA: Arab Saudi Rancang Pelaburan US$600 Bilion Untuk Tingkatkan Hubungan Dengan AS

Sumber: Bernama