Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
hukum cari jalan jauh
Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Dr Zulkifli Jelaskan Hukum Cari Jalan Jauh Untuk Lakukan Solat Qasar

Nurhanis

Dr Zulkifli Jelaskan Hukum Cari Jalan Jauh Untuk Lakukan Solat Qasar

Apabila bermusafir ke tempat yang jauhnya melebihi 83 kilometer, kita akan memilih untuk melakukan solat jamak, iaitu mengumpulkan dua waktu solat kepada satu waktu.

Perkara tersebut memudahkan mereka terutamanya yang menuju ke tempat yang jauh dari rumah dan ia juga boleh mengelakkan individu untuk meninggalkan solat fardhu (wajib).

Sekiranya selalu melancong dan melakukan solat jamak, diri akan terbiasa dengan perkara tersebut sehingga memilih untuk mencari jalan supaya dapat memendekkan solat.

Namun kadangkala, ada juga yang sengaja memilih untuk menggunakan jalan jauh supaya solat tersebut boleh dijamakkan walaupun perjalanan asalnya tidak melebihi had yang ditetapkan untuk solat jamak.

Adakah perkara itu dibenarkan dalam Islam? Dan bagaimana pula dengan hukumnya?

Pun begitu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah memberikan penjelasan tentang perkara tersebut di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga bermanfaat.

Al-Kafi #1963: Hukum Mencari Jalan Yang Jauh Untuk Membolehkan Qasar

Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Soalan

Assalamualaikum SS Datuk. Bolehkah kita sengaja mencari jalan jauh sedangkan ada jalan yang dekat semata-mata untuk boleh jamak qasar mohon pencerahan.

Ringkasan Jawapan

Jika terdapat dua jalan salah satunya jauh dan melebihi 82km manakala yang satu lagi dekat dan tidak melebihi 82km lalu jika dia mengambil jalan yang jauh atas sebab-sebab tertentu seperti perjalanan yang lebih selamat dan mudah maka dia boleh untuk mengqasarkan solat. Namun jika dia sengaja mengambil jalan jauh supaya boleh untuk mengqasarkan solat maka dia tidak boleh mengqasarkan solat.

Huraian Jawapan

Qasar ialah rukhsah (keringanan) yang diberikan oleh Allah SWT untuk hambanya dalam keadaan-keadaan tertentu seperti ketika musafir. Perjalanan musafir bukanlah suatu yang mudah kerana itu dalam sebuah riwayat Nabi SAW bersabda:

السَّفَرُ قِطْعَةٌ مِنَ العَذَابِ، يَمْنَعُ أحَدَكُمْ طَعَامَهُ وشَرَابَهُ ونَوْمَهُ، فَإِذَا قَضَى نَهْمَتَهُ، فَلْيُعَجِّلْ إلى أهْلِهِ.

Maksudnya: “Musafir itu ialah sebahagian dari azab(kesusahan) yang menghalang kamu daripada makan, minum dan tidur. Apabila kamu telah menyelesaikan keperluannya maka segeralah kembali ke pangkuan keluarganya.”

(Riwayat al-Bukhari)

Oleh itu Allah SWT memberikan keringanan kepada mereka yang bermusafir dengan memberikan keringanan untuk melakukan jamak dan qasar. Allah SWT menyukai hambanya yang mengambil keringanan yang diberikan kepada mereka. Dalam riwayat yang lain Nabi SAW bersabda:

إنَّ اللهَ يُحبُّ أن تُؤتَى رُخَصُه ، كما يُحبُّ أن تُؤتَى عزائمُه

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyukai diambil rukhshah dari-Nya sebagaimana ia mennyukai ketika dilaksanakan perintah-perintah-Nya.”

(Riwayat Ibn Hibban)

BACA: Dr Zulkifli Jelaskan Hukum Berkongsi Rumah Sewa Berbeza Jantina Bukan Mahram Ketika Bercuti

Dalam mazhab Syafi’i, jika terdapat dua jalan, salah satunya dekat dan tidak melebihi 82km manakala satu lagi jauh dan melebihi 82km namun dia mengambil jalan yang jauh kerana tujuan tertentu seperti jalan yang jauh lebih jimat tol atau untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas maka harus untuk dia mengqasarkan solatnya. Walau bagaimanapun jika dengan sengaja mengambil jalan jauh supaya boleh mengqasarkan solatnya maka dia tidak boleh mengqasarkan solat. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi:

ولو كان لمقصده طريقان طويل وقصير فسلك الطويل لغرض كسهولة أو أمن قصر وإلا فلا في الأظهر

Maksudnya: “Jika tempat tujuanya memiliki dua jalan, salah satunya jauh manakala yang satu lagi dekat lalu dia mengambil jalan yang jauh kerana tujuan-tujuan tertentu seperti lebih mudah atau lebih selamat maka harus dia mengqasarkan solatnya. Adapun jika dia lakukannya tanpa sebab maka tidak boleh dia mengqasarkan solatnya.”

Ulama mazhab Syafi’i memberikan alasan kerana orang yang sengaja mengambil jalan jauh untuk membolehkan dia mengqasarkan solat seumpama orang yang berjalan ke kiri dan ke kanan untuk menjadikan perjalanannya jauh dan boleh mengqasarkan solat. Jika seeorang itu sengaja memanjangkan perjalanannya dengan cara berjalan ke kiri dan ke kanan dengan niat supaya dia boleh mengqasarkan solatnya maka sepakat para ulama dia tidak boleh untuk mengqasarkan solat.

Hal ini bertepatan dengan kaedah yang disebutkan oleh Imam al-Zarkasyi:

أن تَعاطي سبب الترخص لِقصْد الترخص لا يُبيح

Maksudnya: “Sesungguhnya sengaja mengambil sebab-sebab rukhsah untuk membolehkan rukhsah tidak dibolehkan.”

Kesimpulannya, Jika terdapat dua jalan salah satunya jauh dan melebihi 82km manakala yang satu lagi dekat dan tidak melebihi 82km lalu jika dia mengambil jalan yang jauh atas sebab-sebab tertentu seperti lebih jimat tol atau untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas maka dia boleh untuk mengqasarkan solat. Namun jika dia sengaja mengambil jalan jauh supaya boleh untuk mengqasarkan solat atau atas dasar maksiat maka dia tidak boleh mengqasarkan solat.

Wallahu A’lam

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan