Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Dr Zulkifli Kongsi Panduan Ringkas Nak Pilih Calon Terbaik Masa Mengundi Pilihan Raya
Esok, penduduk yang layak mengundi di enam negeri akan turun membuang undi dalam PRN bagi memilih calon yang bakal mewakili suara mereka di DUN masing-masing.
Sungguhpun begitu, terdapat golongan ‘pengundi atas pagar’ yang masih keliru untuk memilih, siapa individu yang tepat dan sesuai untuk menjadi wakil mereka.
Secara umumnya, pengundi atas pagar boleh dianggap sebagai non-partisan atau mereka yang tidak cenderung menyokong mana-mana parti politik dan bersifat neutral.
Justeru, mereka adakalanya mungkin keliru untuk memilih calon yang mana. Tetapi, masalah tersebut bukan sahaja timbul kepada mereka yang bersifat non-partisan, tetapi secara umumnya kepada sesiapa sahaja yang akan mengundi nanti.
Pertama sekali, Dr, Zulkifli mengatakan pengundi perlu mengundi calon yang memiliki sifat sabar dan berpegang pada prinsip. Perkara ini telah dinyatakan dalam Surah al-Sajdah, ayat 24.
وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ
”Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.”
Selain itu, pengundi perlu memilih calon yang kompeten, faham tugas, dan berintegriti. Terdapat dua petikan ayat al-Qur’an berkenaan perkara ini.
قَالَتْ إِحْدَىٰهُمَا يَـٰٓأَبَتِ ٱسْتَـْٔجِرْهُ ۖ إِنَّ خَيْرَ مَنِ ٱسْتَـْٔجَرْتَ ٱلْقَوِىُّ ٱلْأَمِينُ
”Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah (Shuaib), ambilah dia (Musa) bekerja, Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kompeten, lagi berintegriti”. (Surah al Qasas: 26)
قَالَ ٱجْعَلْنِى عَلَىٰ خَزَآئِنِ ٱلْأَرْضِ ۖ إِنِّى حَفِيظٌ عَلِيمٌۭ
”Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku adalah seorang yang teliti dalam penjagaan, lagi mengetahui cara mentadbirkannya” (Surah Yusuf: 55)
Kata Dr. Zulkifli, dalam dunia politik moden, sudah pasti sukar mencari “Musa” dan “Yusuf” sebegini. Ada pemimpin yang berpengalaman dan ada kepakaran tetapi memiliki integeriti yang lemah.
Manakala, ada juga pemimpin yang mempunyai tahap integriti yang tinggi tetapi lemah dari sudut kemampuan dan kelayakannya untuk memegang sesuatu portfolio.
Seterusnya, bekas Menteri di Jabatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyarankan pengundi mengundi calon yang mampu menjaga agama dan prihatin kepada rakyat bawahan.
الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنْ الْمُنكَرِ ۖ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
”laitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Hajj: 41)
Tambahnya, pengundi juga perlu memilih calon yang tidak dikenali sebagai penipu.
عَنْ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّ يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشُ لِرَعِيَّتِهِ إِلا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
‘‘Dari Ma’qil bin Yasar, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa diberi tanggungjawab oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya, nescaya Allah mengharamkan syurga atasnya”. (Riwayat Muslim)
Soalan ini merupakan soalan wajib dan panas setiap kali pilihan raya diadakan di Malaysia. Rata-rata, pengundi yang beragama Islam merasa waswas untuk mengundi calon bukan Muslim, walaupun mereka memiliki reputasi dan rekod yang baik.
Persoalan ini dijawab of Dr Zulkifli iaitu, hukum mengundi calon bukan beragama Islam adalah dibolehkan, melainkan terdapat sifat yang mendatangkan ancaman kepada agama Islam, tidak amanah dan tiada kepakaran dalam menjalankan amanah yang diberikan.
Walaupun mengalami dilema, Dr Zulkifli menyarankan pengundi untuk memilih pihak yang membawa kurang mudarat kepada agama dan rakyat.
Jika pengundi memilih untuk berdiam diri dan memilih untuk tidak mengundi, calon yang tidak layak mungkin ditabalkan sebagai pemimpin.
Kata Dr. Zulkifli, setiap undi daripada pengundi adalah begitu berharga dalam membentuk sesuatu sistem kepimpinan yang mantap.Ini bertepatan dengan kaedah fiqh:
ارتكاب أخف الضررين
”Mengambil yang lebih ringan di antara dua kemudharatan.”
Hal ini sudah jelas lagi bersuluh bahawa hukumnya haram untuk merosakkan undi. Hal ini termasuk dalam larangan menyembunyikan kesaksian dalam Surah al-Baqarah ayat 283.
Selain itu, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi turut pernah mengeluarkan fatwa bahawa hukumnya berdosa bagi individu yang sengaja yang tidak mengundi.
“Agama itu adalah asasnya sedangkan pemerintah sebagai pengawalnya. Apa yang tidak ada asasnya, nescaya boleh membawa keruntuhan dan apa yang tidak ada pengawalnya akan menjadi hilang. (Lihat al-Ghazali. al- Iqtisad fi al-l’tiqad, hlm. 128)”
BACA: “Bukan Kemahiran Bercakap, Tapi…”, Rafizi Dedah ‘Rahsia’ Nak Jadi Pendebat Yang Bagus
Sumber: @drzul_albakri via Twitter