Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Beradik, Ibu Saudara Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Rumah

Iqbal Yasir
lelaki wanita meninggal rumah
Gambar: Bernama

Dua Beradik, Ibu Saudara Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Rumah

SEREMBAN, 30 Ogos (Bernama) — Dua beradik lelaki dan perempuan serta ibu saudara mereka ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Tanjung Port Dickson hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia dalam lingkungan 38 hingga 56 tahun itu daripada Hospital Port Dickson pada 12.20 tengah malam.

“Siasatan awal mendapati dua mayat ditemukan di bahagian ruang tamu manakala seorang lagi di atas katil dalam bilik tidur di rumah. Ketiga-tiga berada dalam keadaan terlentang dengan lengkap berpakaian.

“Seorang mangsa dikenal pasti mempunyai penyakit kronik manakala seorang lagi orang kurang upaya (sindrom),” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan mereka tidak menemukan sebarang kesan pergelutan atau perlakuan jenayah selain tiada sebarang kesan geledah atau kehilangan barang-barang peribadi.

Alzafny berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes di klasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: BERNAMA

BACA: “Paling Awal?..” Orang Ramai Mula ‘Turun’ Putrajaya Seawal 4.30 Petang