Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dua Botol Plastik Disyaki Bahan Letupan Jenis IED Ditemui Di Bawah Kereta Siti Kassim
Objek mencurigakan disyaki bahan letupan dilapor ditemui dibahagian bawah kereta milik peguam, Siti Kassim, lapor BERNAMA.
Menurut tweet agensi berita tersebut, kereta milik peguam tersebut ketika ini sedang diselenggara di sebuah pusat servis di Jalan Maarof, Bangsar.
Ekoran kejadian itu, unit pemusnah bom telah dikerah bagi melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan terhadap objek mencurigakan tersebut.
Polis dalam pada itu berkata, dua botol plastik yang ditemui dibawah kereta peguam itu disyaki bahan letupan jenis IED.
BACA: Ada Mulut Rupanya, Baru Tahu Macam Mana Cara Siput Makan
Berita lanjut menyusul!
Sumber: BERNAMA