Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Individu Rentung Terbakar Dalam Kemalangan Libatkan Sebuah Lori

Syed Faisal Sayed Muhammad
Dua Individu Rentung Terbakar
Kredit JBPM

Dua Individu Rentung Terbakar Dalam Kemalangan Libatkan Sebuah Lori

Dua individu dilaporkan rentung selepas terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan kereta dinaiki mereka terbakar di Jalan Temerloh-Kuala Krau dekat Kampung Datuk Sharif Ahmad, lapor Sinar Harian.

Kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta yang dinaiki mangsa dan sebuah lori.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zuldadli Zakaria berkata, panggilan mengenai kejadian telah diterima pada jam 10.48 pagi tadi.

Zulfadli berkata, seramai 12 orang anggota dan tiga pegawai melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krau dengan bantuan BBP Temerloh bersama tiga jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Ketika tiba di lokasi kejadian, terdapat dua mangsa tersepit dan terbakar dalam sebuah kereta dengan anggaran kemusnahan 100 peratus dan kepala lori terbakar 80 peratus,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Tambah beliau lagi, pasukan yang terlibat dalam operasi telah bertindak pantas dengan memadam kebakaran menggunakan tiga aliran air yang bersumberkan dari tangki jentera bomba dan dua unit pemadam api.

“Dua individu yang belum dikenal pasti identiti disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian